Teknologi Sebagai Penyelesaian Kepada Masalah Krisis Makanan Dunia
KARANGAN 1-:
KARANGAN 4-:
INOVASI DALAM PERTANIAN KE ARAH JAMINAN BEKALAN
MAKANAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
Sektor
pertanian dan sektor asas tani amat penting dalam pembangunan sesebuah
negara. Melalui sistem pertanian yang terancang, bekalan makanan dapat
disalurkan kepada setiap penduduk di negara ini. Dalam pada itu, pertambahan
penduduk dan pembangunan negara yang semakin pesat menyebabkan bahan makanan
semakin berkurang. Oleh hal yang demikian, kerajaan terpaksa mengimport bahan
makanan daripada negara jiran dan negara luar. Menyedari hakikat bahawa
Malaysia berpotensi untuk menghasilkan pelbagai sumber makanan yang tersendiri
lantaran kemakmuran dan kesuburan bumi beriklim Tropika ini, maka inovasi
amatlah penting bagi menjamin bekalan makanan berterusan dan pembangunan negara
berada pada tahap yang mapan.
Suatu masa dahulu, ketika Malaysia diduduki oleh tentera Jepun, Malaysia
menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan. Sememangnya seperti yang kita
ketahui pendudukan tentera Jepun di negara kita meninggalkan banyak kesan
buruk. Kehadiran Jepun di negara kita adalah bagi meniupkan slogan “Asia Untuk
Asia”. Jika dilihat kesannya dari segi ekonomi, pihak Jepun mengenakan
catuan bekalan makanan untuk mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Kad
catuan diberikan kepada setiap keluarga untuk mendapatkan bekalan makanan yang
hanya diberikan sebanyak dua gantang untuk sebulan. Oleh itu ubi kayu dan ubi
keledek menjadi makanan asasi. Namun, kita belajar daripada sejarah silam.
Kini, pelbagai usaha harus dilaksanakan dan dipertimbangkan bagi mendapat
penyelesaian yang bernas dan bijak bagi mengelakkan berlakunya krisis sebegini
berulang kembali bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Sikap
masyarakat yang hanya pandai memberikan komentar bahkan hasilnya hanyalah sifar
tidak seharusnya berlaku. Oleh itu, di sinilah letaknya peranan inovasi dalam
bidang pertanian.
Inovasi dalam
penggunaan mesin dan jentera memainkan peranan penting dalam usaha
memajukan sektor pertanian di negara kita. Penggunaan jentera bukan hanya
mempercepat kerja pertanian bahkan juga mampu menjimatkan kos buruh,
meningkatkan kecekapan pengeluaran dan menjimatkan masa kerja. Jika dahulu,
kita hanya menggunakan tenaga manusia atau buruh bagi menjalankan segala
kegiatan yang berkaitan sektor pertanian. Penggunaan haiwan seperti kerbau bagi
membajak tanah juga digunakan pada zaman dahulu. Inovasi dalam pertanian mula
menyerlahkan hasilnya melalui ciptaan jentera pembajak sawah, mesin penuai
padi, malah terdapat banyak ciptaan mesin dihasilkan untuk memajukan sektor
pertanian di negara kita.
Pada era dunia
yang serba moden ini, orang ramai seperti tidak mengambil peduli tentang
pertanian yang berlaku di negara ini. Pernahkah kita terfikir akan kesukaran
mendapatkan bekalan makanan seandainya tahap pertanian di negara kita berada
pada takat yang sama? Tanpa adanya perubahan dan inovasi, sumber makanan di
negara kita pasti akan berkurangan. Kerajaan di bawah Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani telah menyediakan dana yang banyak kepada Jabatan
Pertanian, MARDI, MPOB dan institusi pendidikan tinggi untuk menggalakkan
penyelidikan bagi meningkatkan dan memajukan sektor pertanian di negara kita.
Pihak bank di
negara ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan inovasi dalam bidang
pertanian. Pihak bank haruslah melonggarkan syarat pinjaman kepada para petani
dan mengurangkan kadar faedah yang perlu dibayar oleh peminjam. Hal ini
demikian kerana kebanyakan petani tinggal di pedalaman kerana kedudukan yang
lebih strategik, mempunyai sistem pengairan yang baik dan tanah yang subur.
Golongan ini kebanyakannya tergolong daripada golongan berpendapatan rendah dan
memerlukan pinjaman untuk membangunkan pertanian mereka . Dengan keuntungan
yang diperoleh, mereka boleh memperuntukkan keuntungan tersebut untuk
mendapatkan jentera dan mesin yang lebih baik seterusnya dapat meningkatkan
produktiviti hasil pertanian negara untuk menampung permintaan yang
banyak saban hari.
Kaedah
bioteknologi dalam pertanian merupakan satu teknologi yang sangat penting yang
diperlukan dalam proses peningkatan produk pertanian. Bioteknologi ialah proses
sel atau organisma digunakan sebagai bahan asas dalam proses teknologi untuk
menghasilkan sesuatu produk . Melalui kaedah ini , kita dapat menambahkan nilai
pemakanan. Kaedah ini juga dapat membaiki ciri fizikal hasil pertanian dan
mengawal penyakit yang berlaku ke atas tanaman. Inovasi dalam penggunaan
bioteknologi ini mempunyai masa depan yang amat cerah sehingga kerajaan
merangka Dasar Bioteknologi Negara dan menubuhkan Biotechcorp bagi membolehkan
inovasi dalam bioteknologi dilakukan secara berterusan. Banyak ciptaan terkini
dan berdaya saing akan mampu dihasilkan melalui penubuhan Biotechcorp ini.
Kultur
tisu juga merupakan satu inovasi baharu yang amat membanggakan dan berpotensi
untuk dikomersialkan. Sebenarnya kultur tisu merupakan satu cara menghasilkan
anak pokok yang lengkap. Lebih tepat lagi kultur tisu ialah proses pengklonan
yang berbaka baik. Kebaikan daripada kaedah ini , tumbuhan yang susah dibiakkan
dengan menggunakan bijih benih boleh dibiakkan melalui cara ini . Secara
tidak langsung , pengeluaran bahan makanan dapat dipertingkatkan . Kaedah ini
juga mampu menghapuskan virus-virus atau penyakit daripada pokok yang
dijangkitinya . Selain itu , kaedah ini amat berguna untuk menghasilkan
klon-klon yang banyak dengan mudah dan cepat . Antara pokok yang boleh
menggunakan kaedah ini ialah getah kelapa sawit , orkid , nanas dan pisang.
Hasilnya, inovasi ini mampu menyediakan bekalan sumber makanan yang berterusan sehingga
boleh dieksport dan memberi pulangan yang besar terhadap ekonomi negara.
Sehubungan dengan itu, banyak faedah dan kebaikan yang diperoleh jika
kita mengusahakan pertanian dengan nilai inovasi. Salah satunya ialah negara
dapat meningkatkan mutu hasil sesebuah produk pertanian yang diusahakannya
seperti baka yang elok, baja yang baik dan sebagainya. Kemajuan dalam sektor
ini turut juga boleh melonjakkan nama Malaysia sebagai salah satu
negara yang popular dari segi pertanian . Selain itu, kemajuan ini juga
dapat dimanfaatkan oleh rakyat kerana banyak peluang pekerjaan yang boleh
disyorkan kepada mereka yang menganggur atau mereka yang tiada peluang untuk
meneruskan pelajaran mereka . Impak yang amat ketara ialah, tahap kemajuan di
luar bandar akan berlaku dan jurang kemiskinan akan berjaya dirapatkan. Jika
hasil pertanian meningkat, maka pendapatan negara juga akan meningkat dan
krisis bekalan makanan dapat dibendung dan mungkin kita akan menjadi pengimport
pertanian yang ternama di seluruh dunia.
Konklusinya, inovasi memainkan peranan yang amat penting dalam memajukan sektor
pertanian di negara kita. Dalam jangka masa yang panjang, negara kita
memerlukan simpanan dan bekalan makanan yang berterusan bagi menjamin rakyat di
negara ini tidak mengalami masalah kekurangan makanan yang boleh menyebabkan
peningkatan harga barang, peningkatan kadar jenayah akibat kekurangan sumber
makanan dan kadar inflasi yang tinggi. Banyak usaha yang boleh kita buat untuk
menambah baik mutu dan membaik pulih industri ini. Dengan adanya inovasi dalam
pertanian maka negara kita akan membangun dengan sempurna, aman dan harmoni.
KARANGAN 2-:
KRISIS makanan dunia kini sudah
sampai ke tahap kecemasan. Inilah kenyataan dan amaran yang dikeluarkan
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, beberapa
hari lalu.
Krisis ini sudah meningkatkan
kebimbangan global apabila pengeluaran beberapa jenis tanaman kontan seperti
gandum, jagung dan beras susut secara mendadak di negara pengeluar utama. Beberapa
negara Asia turut merasainya meskipun kebanyakan mereka adalah negara pengeluar
beras utama dunia.
Keadaan ini memaksa Kerajaan Thailand
dan Filipina mengeluarkan stok simpanan beras negara untuk diagihkan kepada
rakyatnya. Di Indonesia, keadaan menjadi gawat apabila negara itu terpaksa
bergelut dengan kenaikan harga barang seperti gula, gandum dan minyak masak
sehingga memberi tekanan kepada kehidupan rakyatnya.
Negara Arab juga tidak terlepas
daripada krisis ini. Mereka berdepan dengan kenaikan harga barang keperluan
terutama harga gandum yang naik dua kali ganda sejak enam bulan lalu. Yaman,
negara Arab yang dianggap paling miskin berdepan dengan kenaikan harga barang
sehingga 20 peratus.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian
Sedunia (FAO) yang bertanggungjawab memantau keperluan makanan dunia bimbang
krisis global ini memungkinkan berlakunya lebih banyak rusuhan terutama di
negara miskin. Protes keganasan sudah pun berlaku di beberapa negara seperti
Haiti, Cameroon, Mesir, Argentina, Mexico, Senegal dan Burkina Faso.
Program Pemakanan Sedunia (WFP)
sebuah organisasi yang mengurus bantuan kepada pelarian turut bimbang kenaikan
harga barangan yang berterusan akan menjejaskan usaha mereka membantu kira-kira
empat juta pelarian rakyat Iraq, Yaman, Palestin dan Mesir.
Keadaan menjadi semakin gawat apabila
beberapa negara pengeluar mengambil tindakan menghentikan eksport makanan
bijiran mereka ke negara lain. Mesir sudah mula menghentikan eksport beras
mereka bagi memastikan bekalan domestiknya kekal pada harga murah, di samping
memastikan rakyatnya tidak berdepan krisis kekurangan makanan.
Ban melihat krisis makanan global
boleh mengancam usaha badan dunia itu, khususnya dalam kempen memerangi
kelaparan kemiskinan sejagat. Ada kira-kira 854 juta penduduk dunia yang
kelaparan dan bilangan itu bertambah empat juta orang, setiap tahun.
Untuk menangani krisis kekurangan
makanan, beliau meminta masyarakat antarabangsa bertindak segera secara
bersepadu supaya ia tidak membawa kepada kesan lebih parah yang boleh mengancam
politik dan keselamatan dunia.
Setiausaha Agung PBB itu mencadangkan
langkah kecemasan jangka pendek perlu dilakukan bagi memenuhi keperluan makanan
yang mendesak di samping melaksanakan tindakan jangka panjang bagi meningkatkan
pengeluaran bijirin. Usaha ini dilihat amat mendesak bagi mengelak berlakunya
kebuluran di banyak rantau di dunia.
Bolehkah masyarakat antarabangsa
mengotakan janji untuk menyumbang bantuan kewangan bagi menangani masalah harga
makanan yang semakin meningkat ketika ini? Setakat ini Amerika Syarikat (AS),
sudah menghulur bantuan kecemasan sebanyak AS$200 juta (RM640 juta) bagi
membantu negara yang mengalami kenaikan harga makanan.
Bantuan ini dikeluarkan AS daripada
rizab makanannya yang dikenali sebagai Dana Amanah Kemanusiaan Bill Emerson.
Bantuan yang dihulurkan AS itu
bertujuan membantu memenuhi keperluan makanan penduduk di negara Afrika dan
rantau lain untuk tempoh masa yang pendek. Bantuan AS itu juga bertujuan
mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi ke atas program bantuan makanan
kecemasan AS.
Perkembangan semasa menunjukkan harga
makanan dunia meningkat sebanyak 40 peratus dan kadar simpanan makanan kini
pada tahap terendah. Di antara punca peningkatan harga barang makanan dunia
adalah kesan daripada lemahnya ekonomi dunia berikutan kenaikan berterusan
harga minyak mentah.
Kini minyak mentah mencecah AS$110.87
(RM349.24) setong dan dijangka mencecah harga tertinggi iaitu sehingga AS$118
(RM371.70) setong. Ketua Pengarah FAO, Jacque Diouf pernah menyatakan kepada
akhbar Telegraph bahawa peningkatan harga minyak dan harga makanan dunia bakal
mengundang krisis sosial yang teruk pada masa depan.
Kenaikan harga minyak mentah yang
tinggi ini memaksa negara maju seperti AS dan Australia membeli bahan bijirin
seperti gandum, jagung dan soya dengan harga tinggi untuk penyelidikan biofuel.
Langkah negara maju ini memburukkan
lagi krisis kekurangan bekalan makanan terutama di negara miskin. Selain itu,
perubahan iklim dunia turut menjejaskan pengeluaran bahan makanan di beberapa
tempat sehingga menyebabkan kenaikan harga makanan yang mendadak.
Perubahan iklim disebabkan pemanasan
global mula dirasai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Perubahan ini
menyebabkan beberapa wilayah tanaman gandum di Kanada menjadi kering-kontang.
Cuaca yang tidak menentu juga turut menjejaskan pengeluaran gandum.
Beberapa negara Asia sudah mula
merasai masalah kekurangan bekalan makanan ruji. Begitu juga di Amerika
Syarikat, Eropah, Australia dan India.
Pemanasan global memberi impak kepada
perubahan geografi seperti daratan, tumbuhan, haiwan dan sumber air serta habitatnya.
Semuanya dilihat semakin susut dan mengancam manusia. Bencana alam yang berlaku
saban hari di kebanyakan tempat di dunia. Tahun lalu WFP melaporkan 57 negara
termasuk 29 di Afrika, 19 di Asia dan sembilan di Amerika Latin dilanda banjir
buruk yang menjejaskan sumber makanan.
Laporan itu turut menyatakan bahawa
kemarau dan bahang panas di Asia, Eropah, China, Sudan, Mozambique dan Uruguay
adalah sebahagian daripada bencana yang boleh menjejaskan pengeluaran makanan
dunia.
PBB turut mendedahkan hasil pertanian
dan ternakan terus susut berbanding kepesatan penduduk. Pertambahan penduduk
dunia dalam masa 50 tahun meningkat daripada tiga bilion orang (1957) kepada
9.5 bilion orang (2007). Peningkatan ini tidak seimbang dengan hakikat sumber
makanan yang semakin berkurangan.
Laporan FAO menyebut keluasan tanah
bagi setiap orang semakin mengecil atau susut iaitu daripada 0.38 hektar pada
1970 kepada 0.23 hektar pada 2000 dan cuma 0.15 hektar pada 2050. FAO mendakwa,
30 peratus ternakan dan 75 peratus hasil pertanian pelbagai genetik sudah
pupus.
Persoalannya mampukah dalam tempoh
terdekat PBB mencari jalan untuk menangani masalah global ini? Dapatkah PBB
memastikan bantuan kecemasan AS$500 juta (RM1.6 bilion) kepada WFP diperoleh
selewat-lewatnya 1 Mei ini?
KARANGAN 3-:
Makanan adalah kebutuhan
pokok umat manusia agar tetap dapat mempertahankan kehidupannya. Tanpa makanan
manusia akan kelaparan dan tak mampu beraktivitas dengan baik. Saat ini makanan
semakin beragam dan tahan lama. Berbeda dengan zaman orang tua kita dimana
makanan hari ini adalah apa yang dimasak hari ini. Sekarang bahkan mie instan
atau sarden kaleng dapat dimakan tahun depan. Teknologi pengolahan makanan
terbaru membawa perubahan bagi cara mengolah makanan dan mengawetkannya agar
kualitas bahan dan rasa makanan tetap terjamin walaupun disimpan dalam kurun
waktu yang cukup lama.
Teknologi pengolahan
makanan terbarupun kini telah lahir dan berkembang secara beragam. Dari mulai
cara mengolah makanan sederhana dengan proses pengasinan atau pemanisan yang
membuat makanan lebih awet.
Selain itu masih banyak lagi tata pengolahan makanan modern yang menjadikan makanan lebih tahan lama. Dengan menggunakan teknik dan teknologi pengolahan terbaru juga mampu menjadikan makanan dan minuman produk Indonesia dapat dikirim ke luar negeri.
Teknologi pengolahan makanan terbaru banyak membawa kontribusi bagi pelaku industri dan masyarakat Indonesia sendiri sebagai konsumen. Berikut akan dipaparkan bagaimana cara mengelola makanan yang benar dan enak agar tahan lama tahun 2015 ini.
1. Teknik Pegasinan dan Pemanisan
Yang pertama adalah proses pengasinan dan pemanisan. Cara yang satu ini mungkin cara pengolahan dan pengawetan makanan yang paling mudah dilakukan oleh semua orang. Misalnya saja adanya pengasinan telur bebek menjadi telur asin lalu pembuatan berbagai macam manisan buah. Kedua produk tersebut dapat ditemukan dengan mudah di pasar Indonesia. Dengan cara diasinkan atau dimaniskan suatu bahan pangan bisa menjadi lebih awet.
2. Teknik Pemanasan
Selanjutnya adalah pemanasan. Teknologi pengolahan makanan terbaru digunakan karena panas mampu membunuh bakteri dan kuman penyebab penyakit. Jika anda merebus daging maka sebaiknya rebuslah di suhu lebih dari seratus derajat Celcius.
Ada dua jenis pemanasan yaitu pemanasan ringan dan pemanasan berat. Khusus pemanasan ringan atau pasteurisasi biasanya dilakukan pada produk susu kemasan langsung minum yang banyak dijual di warung atau minimarket. Pemanasan berat dilakukan pada kaleng-kaleng sarden atau tuna yang hendak disterilkan ketika proses pengemasan.
3. Teknik Pendinginan
Yang ketiga adalah teknologi pengolahan makanan terbaru berupa pendinginan. Proses pengolahan makanan berupa pendinginan adalah dengan menciptakan kondisi yang kurang nyaman bagi perkembangan dari bakteri atau virus. Akan tetapi tidak semua makanan mampu dimasukkan ke kulkas.
Ada makanan yang harus diklasifikasikan penyimpanannya di dalam kulkas. Misalnya ikan laut tak boleh dimasukkan ke dalam freezer. Hal ini berkebalikan dengan daging yang sebaiknya diletakkan dalam freezer agar lebih tahan lama. Proses pendinginan juga tidak selalu membunuh mikroorganisme berbahaya semisal Toksoplasma atau virus flu burung pada daging ayam.
Selain itu masih banyak lagi tata pengolahan makanan modern yang menjadikan makanan lebih tahan lama. Dengan menggunakan teknik dan teknologi pengolahan terbaru juga mampu menjadikan makanan dan minuman produk Indonesia dapat dikirim ke luar negeri.
Teknologi pengolahan makanan terbaru banyak membawa kontribusi bagi pelaku industri dan masyarakat Indonesia sendiri sebagai konsumen. Berikut akan dipaparkan bagaimana cara mengelola makanan yang benar dan enak agar tahan lama tahun 2015 ini.
1. Teknik Pegasinan dan Pemanisan
Yang pertama adalah proses pengasinan dan pemanisan. Cara yang satu ini mungkin cara pengolahan dan pengawetan makanan yang paling mudah dilakukan oleh semua orang. Misalnya saja adanya pengasinan telur bebek menjadi telur asin lalu pembuatan berbagai macam manisan buah. Kedua produk tersebut dapat ditemukan dengan mudah di pasar Indonesia. Dengan cara diasinkan atau dimaniskan suatu bahan pangan bisa menjadi lebih awet.
2. Teknik Pemanasan
Selanjutnya adalah pemanasan. Teknologi pengolahan makanan terbaru digunakan karena panas mampu membunuh bakteri dan kuman penyebab penyakit. Jika anda merebus daging maka sebaiknya rebuslah di suhu lebih dari seratus derajat Celcius.
Ada dua jenis pemanasan yaitu pemanasan ringan dan pemanasan berat. Khusus pemanasan ringan atau pasteurisasi biasanya dilakukan pada produk susu kemasan langsung minum yang banyak dijual di warung atau minimarket. Pemanasan berat dilakukan pada kaleng-kaleng sarden atau tuna yang hendak disterilkan ketika proses pengemasan.
3. Teknik Pendinginan
Yang ketiga adalah teknologi pengolahan makanan terbaru berupa pendinginan. Proses pengolahan makanan berupa pendinginan adalah dengan menciptakan kondisi yang kurang nyaman bagi perkembangan dari bakteri atau virus. Akan tetapi tidak semua makanan mampu dimasukkan ke kulkas.
Ada makanan yang harus diklasifikasikan penyimpanannya di dalam kulkas. Misalnya ikan laut tak boleh dimasukkan ke dalam freezer. Hal ini berkebalikan dengan daging yang sebaiknya diletakkan dalam freezer agar lebih tahan lama. Proses pendinginan juga tidak selalu membunuh mikroorganisme berbahaya semisal Toksoplasma atau virus flu burung pada daging ayam.
BARU-baru
ini krisis tenaga dan makanan melanda dunia secara tiba-tiba seumpama
kedatangan tsunami. Walaupun ada yang berpendapat mungkin krisis makanan hanya
satu spekulasi global, ia sudah berlaku dan mendapat perhatian seluruh dunia.
Krisis bahan api pula dikaitkan dengan krisis ketegangan politik dan peperangan
di antara Amerika Syarikat (AS) dan negara di Asia Barat termasuk Iran dan
Iraq. Malaysia yang selama ini kaya dengan produk makanan daripada hasil
pertanian dan petroleum juga turut merasai bahang krisis ini. Selain dua krisis
global itu, isu pencemaran alam sekitar, pendidikan, kesihatan dan kemiskinan
juga menjadi isu yang mesti ditangani secara teliti.
Nanoteknologi
yang sudah mendapat perhatian pada akhir 1990-an dan dijangka mendominasi
teknologi pada 2015, memberi satu harapan baru bagi menyelesaikan permasalahan
global masa kini. Nanoteknologi berlandaskan faktor saiz pada ukuran nanometer
atau teknologi pada tahap molekul atau setara dengan 50,000 lebih kecil
daripada saiz rambut manusia, dilihat dapat meningkatkan kecekapan dan
keberkesanannya.
Ia difikirkan dan dicadangkan berpotensi bagi
menangani permasalahan global. Malah dalam beberapa bidang, ia sudah mula
terbukti dan menunjukkan keupayaannya. Permasalahan atau krisis global pernah
diutarakan oleh Richard Smalley, pemenang Hadiah Nobel 2002 atas penemuan
buckyball iaitu sejenis bahan nano berasaskan karbon. Beliau menggunakan konsep
‘garden of the physical sciences’ dalam melihat dan menganalisis faktor yang
menyumbang berlaku krisis global. Bersama-sama permasalahan itulah beliau
mencadangkan nanoteknologi sebagai kaedah terbaik menangani masalah berkenaan.
Konsep
‘garden of the physical sciences’ antaranya menyebut mengenai krisis kekurangan
bahan api dan tenaga, kekurangan makanan, pencemaran alam, kesihatan,
pendidikan dan kemiskinan. Secara umumnya kita memang sudah maklum dan selalu
mendengar atau membaca permasalahan ini. Namun apakah penyelesaian yang kita harus
ambil serta apakah asas pertimbangan yang perlu diambil dan dipertimbangkan
dalam mengutarakan penyelesaiannya. Dalam krisis kekurangan makanan, kekurangan
penghasilan sumber mentah makanan yang amat berkait rapat dengan pertanian
adalah punca utama.
Selain itu, pemprosesan bahan mentah pertanian
kepada makanan, tidak dioptimumkan sepenuhnya. Ini menyebabkan peratus kadar
penghasilan makanan hasil pertanian agak rendah, banyak hasilan pertanian
terbuang begitu saja. Pengurusan secara teknologi hasil pertanian kepada bahan
makanan juga faktor menyebabkan kekurangan makanan di mana banyak bahan mentah
pertanian tidak dapat diproses sepenuhnya kepada hasilan makanan. Teknologi
pemprosesan, penghantaran dan pembungkusan juga menyumbang kepada edaran makanan
ke seluruh dunia. Transformasi hasil pertanian kepada makanan pada kadar 100
peratus perlu dilihat secara serius melalui penerapan konsep sisa sifar. Dalam
menangani krisis makanan sedunia ini, nanoteknologi menawarkan pelbagai
alternatif dan pendekatan yang amat meyakinkan. Ia merangkumi sudut yang amat
luas daripada peringkat kaedah penanaman hinggalah ke peringkat sistem
pemprosesan makanan.
Penghasilan hasilan pertanian yang tinggi amat
penting bagi meningkatkan bekalan makanan. Bagaimanapun faktor keluasan kawasan
pertanian, tahap kesuburan tanah, kesesuaian cuaca dan tenaga manusia menjadi
halangan kepada penghasilan produk pertanian yang tinggi. Pendekatan
menggunakan nanoteknologi mestilah dipertimbangkan dalam industri pertanian
selain teknologi yang sudah digunakan selama ini. Keyakinan yang amat tinggi
disandarkan ke atas nanoteknologi berdasarkan keyakinan terhadap konsep dan
teori yang sudah mula diterima ramai.
Penggunaan baja zarah-nano, bahan penggalak
zarah-nano bagi daun dan buah adalah produk nanoteknologi yang memberi harapan
bagi peningkatan hasil pertanian. Pemprosesan hasil pertanian kepada hasilan
makanan melalui nanoteknologi juga akan memberi peratus transformasi lebih
tinggi walaupun pada masa kini mungkin kos penggunaan teknologi ini agak
tinggi. Teknologi pembungkusan makanan menggunakan bahan nanoteknologi misalnya
bahan pembungkus makanan yang boleh memanjangkan jangka hayat makanan,
mengekalkan kesegaran hasil pertanian sebelum proses seterusnya membuka harapan
baru bagi mengatasi krisis makanan.
Penghasilan
makanan berkualiti tinggi, rasa yang lebih sedap dan kandungan nutrisi yang
jauh lebih baik akan meningkatkan kualiti pemakanan penduduk dunia. Sumber
tenaga yang hampir 90 peratus bergantung kepada bahan pertroleum semakin dipersoalkan
apabila banyak telaga minyak dijangka menyusut penghasilannya dengan ketara
menjelang 2025. Kini krisis tenaga sudah mula dirasai apabila harga minyak
pernah melambung naik melepasi paras AS$130 setong. Walaupun ia juga dilihat
amat berhubung rapat dengan spekulasi pasaran dan krisis politik antarabangsa,
hakikat bahawa sumber petroleum akan habis pada masa terdekat harus diterima.
Kini
negara maju, sedang membangun dan negara dunia ketiga sudah menjalankan usaha
dalam mencari tenaga alternatif. Di antara tenaga alternatif yang sedang giat
dibangunkan ialah sel suria, bahan api-bio, biogas dan sel bahan api, manakala
tenaga nuklear adalah alternatif terakhir. Kecekapan sel
suria sudah dapat ditingkatkan sebanyak 80 peratus dengan menggunakan nanoteknologi
berbanding teknologi kini iaitu melalui penggunaan silikon zarah-nano terkuanta
dalam sel solar jenis tendem. Penghasilan bateri berasaskan litium dan bahan
nano oksida mampu memberi jangka hayat yang jauh lebih panjang dengan keupayaan
lebih tinggi. Selain itu, penghasilan lampu berasaskan diod nanoteknologi
berkecekapan tinggi akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.
Nanoteknologi
pernah diutarakan oleh ramai saintis, adalah salah satu teknologi yang akan
dapat membantu menangani kadar kemiskinan sesebuah negara atau masyarakat dan
membantu golongan miskin menikmati kemudahan asas serta kemudahan teknologi
seperti sistem telekomunikasi dan komputer. Amatlah
meyakinkan keupayaan nanoteknologi ini, dengan berasaskan kepada keupayaan yang
amat tinggi misalnya dalam penghasilan tenaga alternatif melalui pembuatan sel
solar berkecekapan tinggi, maka ia akan mengurangkan penggunaan tenaga daripada
petroleum. Komputer berkelajuan dan berkecekapan tinggi
yang mampu dihasilkan daripada karbon bertiub-nano akan dapat dijual dengan
harga lebih murah dan akan memberi peluang kepada rakyat negara miskin memiliki
teknologi asas ini.
Sistem
rawatan air menggunakan penapis saput-nano memberi kualiti air yang sangat
baik, bebas bakteria dan zarah halus dengan kecekapan tinggi, akan membantu
mengurangkan kos rawatan air. Ia akan membantu rakyat dari negara miskin
menikmati kemudahan asas ini lebih murah dan terjamin kebersihannya. Penjagaan
kesihatan juga dapat dipertingkatkan bagi penduduk dunia dengan penghasilan
pelbagai makanan kesihatan berasaskan nanoteknologi selain rawatan perubatan
berteknologi-nano dan produk farmaseutikal berteknologi-nano.
Kecekapan nanoteknologi dalam bidang penjagaan
kesihatan melalui pelbagai kaedah rawatan berketepatan tinggi di samping
penghasilan produk farmaseutikal yang amat berkesan, diharap dapat mengurangkan
kos rawatan untuk jangka panjang dan meningkatkan tahap kesihatan seluruh
manusia di muka bumi. Kehadiran nanoteknologi kepada dunia diharap memberi satu
alternatif bagi penyelesaian masalah global yang semakin mencabar dan ada
kalanya di luar jangkaan pemikiran dan perhitungan manusia.
KARANGAN 5-:
SEMUA manusia yang hidup di dunia ini
memerlukan makanan. Tidak dapat dinafikan makanan adalah salah satu keperluan
asas manusia di samping tempat tinggal dan pakaian. Oleh yang demikian, isu
krisis makanan bukanlah satu isu remeh yang boleh dibiarkan begitu sahaja. Apa
yang membimbangkan, krisis makanan yang menimpa dunia sekarang ini melibatkan
bekalan makanan ruji seperti beras, gandum, bijirin dan jagung yang menjadi
keperluan asas setiap individu di atas dunia ini.
Menurut
statistik Bank Dunia, harga pasaran makanan global secara purata telah
meningkat sebanyak 75% sejak tahun 2000 manakala kadar simpanan bijirin dunia
kini adalah pada tahap terendah sejak 30 tahun. Harga gandum di pasaran dunia
sahaja telah mencatatkan kenaikan sebanyak 200% manakala harga makanan ruji
yang lain seperti beras dan kacang soya telah mencatatkan paras tertinggi.
Kenaikan
harga pasaran bijirin juga telah memaksa kenaikan harga pasaran makanan yang
lain secara langsung atau tidak langsung seperti harga daging, ayam, telur dan
makanan tenusu. Sehubungan dengan situasi ini, pelbagai krisis telah melanda
merata tempat di dunia dan tidak lagi terbendung kepada negara-negara tertentu
sahaja. Menurut Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, lebih
dari 73 juta orang di 78 negara yang bergantung kepada sumbangan makanan dari
pertubuhan itu akan menghadapi pengurangan bekalan pada tahun-tahun mendatang.
Pada
masa yang sama, faktor kenaikan harga barang makanan juga dikatakan
menggandakan lagi kesan yang berlaku. Ini kerana apabila harga barang
makanan meningkat, maka semakin sukar bagi kebanyakan penduduk dunia secara
amnya untuk mendapatkan makanan tersebut selari dengan teori mekanisma harga
yang menjadi mekanisma asas pengagihan dalam sistem ekonomi kapitalis. Kenaikan
harga barang dagangan ini pula dikatakan berpunca daripada kenaikan harga
minyak dunia.
Masalah
pertambahan jumlah penduduk dunia yang tidak seimbang dengan pengeluaran
makanan juga antara alasan yang sering dijadikan ‘punca’ mengapa berlakunya
kekurangan makanan di dunia. Dianggarkan bahawa penduduk dunia akan bertambah
melampaui tahap 9 bilion orang menjelang tahun 2050. Unjuran pertambahan ini
dikatakan akan mendesak kepada keperluan bahan makanan yang mendadak yang tidak
mampu ditampung oleh tahap pengeluaran makanan dunia kerana kelangkaan atau
kekurangan sumber-sumber yang ada seperti air, tanah ladang dan sebagainya.
Menurut
Program Bahan Makanan dan Pertanian PBB, masyarakat antarabangsa perlu
menubuhkan rizab antarabangsa untuk menstabilkan harga bahan makanan. Rizab itu
juga perlu ditubuhkan di pelbagai negara dan kawasan untuk menyediakan bahan
makanan kepada penduduk yang hidup susah ketika berlakunya krisis. Selain itu,
pelbagai negara khususnya negara-negara membangun perlu meningkatkan peruntukan
dalam bidang pertanian. 98% penduduk yang menderita kelaparan adalah dari
negara-negara membangun.
Untuk
mengatasi krisis makanan dunia ini, negara-negara pertanian boleh memainkan
peranannya. Antara kaedah bagi mengatasi krisis ini ialah pertama, kawasan
tanaman mestilah diperluaskan untuk menambah bekalan. Contohnya seperti yang
dilaksanakan di Malaysia di mana negeri Sabah dan Sarawak telah dijadikan
negeri pertanian bagi menambahkan sumber makanan kepada rakyat. Kawasan tanah
bukit juga boleh digunakan untuk penanaman andainya mengikut teknologi yang
sesuai seperti sistem pengairan moden, baja, teknik tanaman dan sebagainya.
Hakikatnya,
negara-negara membangun seperti Malaysia mempunyai empat kekuatan iaitu tanah
yang subur, sumber air yang melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan
kekayaan sumber alam semulajadi. Dengan tanah yang subur dan luas, pertanian
perlu difokuskan kepada meningkatkan pengeluaran pertanian berasaskan
penggunaan baja dan peralatan moden serta perluasan lahan pertanian melalui
penerapan undang-undang yang bersangkutan dengan hukum tanah pertanian. Selain
itu, sistem pengangkutan yang efisien juga perlu dibangunkan agar pengedaran
makanan menjadi lebih teratur, berkesan, cepat dan mudah.
Dari
aspek sumber manusia, dianggarkan terdapat lebih kurang 48 juta orang yang
menjalankan aktiviti pertanian. Bagi memastikan setiap individu di dalam
negara-negara membangun mendapat keperluan asasnya, kerajaan perlu memberikan
peluang dan galakan kepada orang-orang miskin dan tidak berkemampuan untuk
bertani dengan memberikan tanah lahan secara percuma, subsidi dan apa juga
bantuan kepada mereka.
Negara-negara
membangun terutamanya negara-negara pertanian di seluruh dunia harus mencontohi
Malaysia di mana telah mewujudkan beberapa projek mega pertanian seperti Taman
Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Zon Industi Akuakultur, Ladang Kontrak,
Pembangunan Usahawan Industri Asas Tani dan Pusat Fidlot Nasional. Malaysia
juga melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenal pasti
tujuh langkah perlaksanaan iaitu meningkatkan pengeluaran beras, pewujudan stok
penimbal beras, pemberian insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian dan
mewujudkan program peningkatan pengeluaran dan produktiviti bagi sektor
tanaman, ternakan dan pertanian. Langkah lain termasuk mengukuhkan Lembaga
Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) bagi memastikan pasaran dan pengagihan
hasil-hasil pertanian, melaksanakan program Bumi Hijau dan mengurus kawasan
terbiar untuk meningkatkan pengeluaran komoditi sekuriti.
Negara-negara
membangun khususnya negara pertanian di seluruh dunia juga harus beralih kepada
melaksanakan teknik kultur tisu. Teknik kultur tisu, Molecular Assisted
Selection (MAS) dan penggunaan bioreactor boleh digunakan untuk meningkatkan
produktiviti makanan.
Bioteknologi
harus dilihat sebagai alat yang boleh dimanfaatkan ketika dunia menghadapi
krisis makanan kerana pemilihan baka atau benih yang dihasilkan menerusi
bioteknologi mempunyai ciri-ciri yang lebih baik sama ada cepat matang, hasil
lebih tinggi dan tahan penyakit. Teknologi kini dapat membantu pengeluaran
makanan khususnya yang asas seperti padi, gandum dan jagung, meskipun wujud
prejudis daripadanya. Isu-isu seperti organisme terubah suai secara genetik
(GMO) menjadikan manusia ragu-ragu terhadap teknologi tersebut
tetapi Molecular Assisted Selection boleh menjadi alternatif.
Kawasan
penanaman semakin berkurangan sedangkan penduduk semakin
meningkat. Justeru, sebagai alternatif, bioteknologi boleh meningkatkan
pengeluaran makanan secara berganda untuk keperluan manusia. Universiti dan
agensi penyelidikan tempatan seperti Universiti Putra Malaysia dan Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), sebagai contoh boleh
menggandakan usaha menghasilkan lebih banyak penyelidikan yang mampu
melipatgandakan pengeluaran produk makanan.
Kesimpulannya,
negara-negara membangun terutamanya negara-negara pertanian boleh memainkan
peranan yang besar dalam mengatasi krisis makanan dunia. Walaupun negara-negara
ini sinonim dengan kemiskinan tetapi kekayaan tanah yang subur, sumber air yang
melimpah-limpah, sumber manusia yang besar, dan kekayaan dari sumber alam
semulajadi merupakan anugerah Allah s.w.t yang tidak ternilai harganya yang
boleh dijadikan modal asas dalam usaha menggiatkan bidang pertanian.
Apakah anda tertarik dengan pinjaman? Kami menawarkan semua jenis bantuan keuangan kepada semua individu "pinjaman pribadi, pinjaman investasi, pinjaman pinjaman rumah dan perusahaan pinjaman di seluruh dunia, tingkat bunga kami 2% per tahun Kami juga memberikan nasihat keuangan kepada klien kami Jika Anda memiliki proyek bagus atau ingin memulai bisnis dan membutuhkan pinjaman untuk membiayainya dengan segera, kita bisa membicarakannya, menandatangani kontrak dan kemudian mendanai proyek atau bisnis Anda untuk Anda Hubungi kami hari ini untuk semua.
ReplyDeleteKategori Bisnis
Bisnis Merchandising.
Bisnis manufaktur
Bisnis Hybrid.
Kepemilikan tunggal
Kemitraan.
Perusahaan.
Perseroan terbatas.
Sebagai bisnis pribadi Anda bisa melamar dalam mata uang yang Anda inginkan.
Kebutuhan finansial Anda Hubungi kami via Email:
Email: rikaandersonloancompany@gmail.com
Twitter: rikadiananderso
Instagram: rikaandersonloancompany
Watsapp: +19147057484
ReplyDeleteSaya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp15 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)