karangan tentang cara-cara untuk menangani stress
Karangan 1:
Selain itu, cara yang
tepat untuk mengatasi stres adalah dengan mendekatkan diri kepada Tuhan. Berdoa
dan meluahkan rasa hati kepada Tuhan dapat meringankan bebanan. Dengan
mendekatkan diri kepada Tuhan, remaja dapat menerima hakikat bahawa masalah
yang datang itu adalah dugaan daripada Tuhan untuk menguji tahap keimanan
seseorang. Dugaan itu akan dipandang dari sudut yang positif jika remaja
menerima segala masalah sebagai ketentuan atau takdir daripada Tuhan. Maka
mendekatkan diri kepada Tuhan dengan beribadat merupakan cara yang paling tepat
untuk menghilangkan keresahan hati dan remaja boleh memohon petunjuk daripada
Tuhan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.
Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu.
Setiap manusia
tidak terlepas daripada menghadapi tekanan dalam kehidupan. Hal ini bertepatan
dengan maksud peribahasa, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana
yang tidak bergelora. Bagaimanapun, tekanan yang dihadapi itu berbeza-beza
tahapnya. Tekanan yang dihadapi oleh golongan dewasa mungkin akibat
memikirkan masalah keluarga, kewangan atau kerjaya, manakala bagi remaja pula
tekanan yang dihadapi mungkin berkaitan dengan pelajaran, hubungan dengan rakan
atau masalah yang berkaitan dengan keluarga. Bagi sesetengah orang, tekanan
mungkin membawa kejayaan dan kebahagiaan dalam kehidupan, manakala yang
lainnya pula menganggap tekanan sebagai sumber kesengsaraan dan
penderitaan sehingga tekanan yang dihadapi itu membawa kepada
pengakhiran kehidupan. Sebagai pelajar, saya juga tidak terlepas daripada
menghadapi tekanan yang berpunca daripada pelbagai faktor terutamanya faktor
pelajaran. Oleh hal yang demikian, sebelum nasi menjadi bubur, beberapa langkah
telah saya ambil bagi menangani masalah tekanan.
Kehidupan yang
terlalu sibuk menyebabkan kita sering melupakan kegiatan yang sangat berfaedah
untuk kesihatan fizikal, mental dan psikologi kita. Kegiatan tersebut ialah
riadah, iaitu aktiviti yang sering dilakukan pada waktu lapang terutamanya pada
hujung minggu. Antara kegiatan riadah yang kerap saya lakukan ialah berbasikal,
joging, bermain futsal, bermain badminton, bersiar-siar di taman rekreasi dan
memancing ikan. Selepas bermain futsal dan badminton umpamanya, selain peluh
mengalir membasahi tubuh, kepenatan akan dapat dirasakan. Selepas mandi dan
membersihkan diri, saya akan berehat melepaskan lelah. Keadaan akan menjadi
lebih baik apabila saya dapat melelapkan mata. Oleh sebab kepenatan selepas
melakukan riadah, saya akan tidur dengan sangat lena. Hilang sebentar
segala masalah yang membelenggu diri. Tekanan pun menghindar dan akhirnya
fikiran menjadi lapang. Ada waktunya saya melakukan riadah bersama-sama ibu
bapa saya. Peluang keemasan itu saya gunakan sepenuhnya dengan melakukan
perbincangan, sama ada yang berkaitan dengan masalah peribadi, mahupun masalah
pelajaran yang sering memberikan tekanan kepada saya. Lantaran itu, saya
menganggap kegiatan riadah sebagai serampang dua mata yang membantu
meningkatkan kesihatan diri di samping menjadi salah satu cara untuk
mengurangkan tekanan.
Sesungguhnya saya amat meyakini
bahawa cara kita berfikir amat mempengaruhi kesihatan diri, terutamanya
kesihatan mental. Lantas, demi memastikan saya memiliki kesihatan
yang baik tanpa menghadapi tekanan, saya sentiasa berfikiran positif
apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal dan sukar. Apabila
menerima pujian, saya tidak akan berbangga dengan pujian tersebut,
sebaliknya saya akan memikirkan sama ada pujian terebut diberikan secara ikhlas
atau diberikan kepada saya kerana ada udang di sebalik
batu. Berkemungkinan pujian itu diberikan secara bersahaja, atau jika
tidak pun saya menerimanya sebagai satu penghargaan. Bagaimanapun, jika kritikan
atau teguran pula yang diberikan, saya akan menerimanya dengan minda terbuka
dan menganggapnya sebagai kritikan yang membina. Ibu sering mengingatkan saya
bahawa kritikan yang diberikan oleh seseorang itu sebenarnya lebih ikhlas dan
memiliki nilai kejujuran berbanding dengan pujian yang selalunya lebih bersifat
palsu. Di sebalik kritikan yang diterima itu saya akan melakukan muhasabah diri
lalu membaiki segala kekurangan yang ada agar saya tidak menerima kritikan yang
sama pada waktu yang lain pula. Sekiranya saya tidak dapat menerima
kritikan tersebut, fikiran akan menjadi tidak menentu dan kusut,
lalu akhirnya saya akan terjerat dalam kancah tekanan yang melampau.
Natijahnya, saya sentiasa menghadapi tekanan dengan fikiran yang positif.
Saya ialah penggemar dan pencinta
muzik sama ada muzik ciptaan anak tempatan mahupun muzik antarabangsa.
Seandainya muzik tidak didengar menerusi cakera padat, masih ada muzik di dalam
jiwa saya yang membuatkan kaki bergoyang. Bagi saya, muzik pencetus kegembiraan
dan keceriaan, walaupun sesekali muzik mengundang kesedihan dan kedukaan. Hal
ini bertepatan dengan pandangan ahli-ahli psikologi bahawa muzik merupakan
salah satu wahana terapi yang efesien dan sumber ketenangan fikiran yang sering
diabaikan. Apabila muzik bergema, hati akan dibuai oleh alunan melodinya
sehingga di luar kesedaran diri, saya seperti berada di alam yang lain. Muzik
yang rancak akan menyebabkan kaki bergoyang, manakala muzik sentimental pula
akan menjadikan diri dibuai perasaan. Seni katanya yang melankolik akan
menyumbang ke arah penghayatan yang tinggi seolah-olah saya turut merasakan
kedukaan yang sedang dialami oleh pelantun lagu tersebut. Jika
tekanan menghimpit perasaan, tanpa disedari saya telah melupakan sebentar
tekanan tersebut dengan bantuan muzik. Hal ini bertepatan dengan kata-kata
pujangga yang menukil bahawa muzik tak mungkin dapat dipisahkan daripada jiwa
setiap manusia. Tanpa muzik juga kehidupan akan menjadi sepi. Oleh
itu, muzik bukan sahaja dapat menghiburkan hati, malah muzik seperti
memiliki kuasa magis yang berupaya mengurangkan tekanan yang saya
hadapi, bertepatan dengan maksud peribahasa sambil menyelam minum air.
Saya juga menjadikan ibadat sebagai
salah satu cara untuk mengurangkan tekanan yang dihadapi.Setiap hari saya
akan mendirikan solat , sekurang-kurangnya lima kali sehari kerana solat
merupakan tiang agama. Apabila saya tidak mendirikan solat, hal ini bermakna
runtuhlah agama saya. Sesungguhnya, solat memberikan ketenangan yang tidak
dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Solat yang khusyuk akan menjadikan saya
melupakan semua tekanan yang saya hadapi, malah saya dapat merasakan betapa
dekatnya diri saya dengan Yang Maha Pencipta.
Jiwa berasa tenang dan damai, hati juga menjadi bersih. Benarlah seperti yang
pernah dikatakan oleh seorang penceramah gaya hidup sihat, Encik
Norhisham Mustaffa bahawa solat merupakan senaman yang paling ampuh untuk
memberikan kesihatan terbaik buat tubuh badan kita . Ketika rukuk dan sujud,
darah akan mengalir dengan lebih sempurna di tubuh kita. Demikian juga ketika
saya duduk di antara dua sujud dan duduk tahyat awal serta akhir, kedudukan
tubuh dan jari-jari kaki memberikan bentuk senaman yang begitu berkesan.
Selepas mendirikan solat, saya akan berzikir yang mampu membersihkan dan memberikan
kedamaian kepada hati serta jiwa. Saya sangat menyedari dan menginsafi bahawa
hanya Allah yang dapat membantu saya dalam segala hal. Lantaran itu, saya
menjadikan ibadat sebagai usaha yang terbaik untuk menghindari dan mengurangkan
tekanan yang dihadapi.
Melancong merupakan aktiviti
kekeluargaan yang amat saya nanti-nantikan.
Setiap tahun ayah dan ibu akan membawa saya serta adik melancong ke luar
negara. Sehingga kini kami telah melawat Indonesia, China, Kemboja dan India
selain melancong di dalam negara. Sejujurnya, setiap kali melancong saya dapat
merasakan keterujaan dan kegembiraan yang membolehkan saya melupakan segala
masalah yang membelenggu fikiran. Secara tidak langsung, tekanan yang
mengganggu fikiran yang berpunca daripada masalah yang dihadapi dapat saya
atasi atau setidak-tidaknnya dapat saya lupakan sebentar. Ketika melancong itu,
saya dapat menikmati keindahan dan keunikan panorama negara lain di samping
menambahkan pengetahuan tentang budaya dan sejarah negara tersebut, bertepatan
dengan maksud peribahasa jauh perjalanan luas pemandangan, banyak
pula pengalaman. Ketika melawat Solo dan Jogjakarta di Pulau Jawa,
Indonesia umpamanya, saya dapat menyaksikan keunikan budaya mereka walaupun
kita masih dalam rumpun yang sama, iaitu Melayu. Seni tari mereka sangat halus
dan mempesona berdasarkan gerak jari tangan, kaki dan tubuh mereka dengan
iringan muzik gamelan yang syahdu. Adat di keraton pula masih dikekalkan untuk
tatapan pelancong walaupun sistem pemerintahan beraja tidak lagi diamalkan di
republik tersebut. Keunikan Candi Borobudur amat mengagumkan dengan seni binanya
yang amat halus. Keseluruhan aktiviti ketika melancong itu termasuk sesi
membeli-belah cukup membantu saya melupakan segala tekanan yang dihadapi.
Sebagai kesimpulan,
terdapat pelbagai usaha yang saya lakukan untuk menghadapi tekanan dalam
kehidupan. Walau apa-apa pun yang berlaku, mahu atau tidak, saya terpaksa
menghadapi segala tekanan yang ada demi kelangsungan hidup yang lebih bermakna.
Tekanan merupakan masalah dan tekanan juga merupakan sumber motivasi, justeru
tanpa tekanan, hidup kurang berseri umpama pokok yang tidak
berbunga. Dengan tekanan jugalah fikiran saya menjadi lebih matang
dan dewasa. Di sebalik ketabahan saya menghadapi tekanan itu, saya masih
memerlukan insan lain untuk menghadapinya dengan lebih rasional. Dalam hal ini,
kedua-dua ibu bapa akan menjadi sumber rujukan saya di samping rakan-rakan
sebaya yang rapat hubungannya dengan saya. Saya juga tidak melupakan guru yang
mendidik dan mengajar saya menjadi insan berilmu. Sesungguhnya, hanya dengan
ketabahan dan keimanan yang kukuh dapat membantu saya menghadapi semua tekanan
dengan tenang.
Karangan 2-:
Stres
merupakan masalah yang sedang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Polemik ini
merujuk kepada tekanan yang tinggi sehingga menaikkan tekanan darah dan membawa
kepada ketidakstabilan emosi. Lantaran menerjah arus modenisasi, pelbagai
sektor di Malaysia telah berkembang bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Sektor-sektor tersebut memerlukan perkhidmatan rakyat untuk
melonjakkan prestasi mereka. Dunia yang semakin materialistik pula memaksa
rakyat bekerja keras bagai lebah menghimpun madu demi
menyara keluarga mereka dan membeli peralatan yang diingini. Harga barang yang
tinggi serta kos hidup yang melambung menyebabkan masyarakat pelbagai cara
kontemporari untuk bersaing dengan industri lain. Hakikatnya, rakyat Malaysia
mendepani kepincangan ini sehingga menjejaskan organisasi sosial negara.
Persoalan yang sering berlegar-legar di benak fikiran kita ialah apakah cara
atau minhaj untuk mengurangkan masalah stres dalam kalangan rakyat Malaysia?
Pada asasnya,
rakyat Malaysia hendaklah meluangkan masa mereka untuk bersukan. Sukan amat
sesuai untuk semua lapisan masyarakat dan membantu mengurangkan tekanan.
Misalnya, permainan bola sepak, badminton, tenis dan sebagainya bukan sahaja
memberi suasana yang berbeza, bahkan juga membantu menyihatkan badan. Hal ini
dikatakan demikian kerana melalui sukan, seseorang mengeluarkan peluh dan
hormon endorfin yang mencerdaskan otak, persis badan cergas, otak
cerdas. Aktiviti ini boleh dimain di padang, taman permainan atau
gelanggang yang berhampiran dengan rumah masyarakat. Dengan bermain bersama
rakan-rakan kita, fokus kita akan beralih daripada beban kerja kepada suasana
permainan. Kita tidak akan memikirkan kerja seharian dan proses ini boleh
merehatkan otak kita. Tegasnya, orang ramai perlu bersukan untuk memperoleh
kebaikan serampang dua mata, iaitu mengatasi masalah stres
disamping menyihatkan diri, persis sambil menyelam minum air.
Selain itu,
rakyat negara kita perlu beriadah dan berekreasi. Aktiviti bermandi-manda di
air terjun, makan angindan sebagainya membebaskan kita
daripada cengkaman realiti. Aktiviti sedemikian boleh diadakan bersama keluarga
mahupun rakan sepejabat secara berkala. Contohnya, pada cuti sekolah, hari
keluarga dan pelepasan umum. Persekitaran yang berteraskan flora dan fauna
serta penuh dengan udara nyaman mampu menyegarkan diri kita. Bunyi air mengalir
serta dendangan lagu alam semulajadi dapat menenangkan jiwa kita yang dahulu
dikongkong oleh hiruk-pikuk bandar. Suasana yang sejuk dan senyap mengajar kita
melepaskan tekanan dengan melelapkan mata di bawah sebatang pokok redup.
Hakikatnya, tekanan kita dapat dilepaskan dan diganti pula dengan jiwa yang
tenang. Justeru, tidak dinafikan aktiviti beriadah dan berekreasi melepaskan
stres kita di samping memberi persekitaran berbeza, bak kata peribahasa, jauh
perjalanan, luas pemandangan.
Rentetan itu,
individu yang menghadapi masalah stres yang serius harus berjumpa dengan
doktor. Hal ini demikian kerana doktor lebih berpengalaman dan tahu cara
mengubatinya, persis kata mutiara, jauhari juga yang mengenal
manikam. Apabila kita mengalami sakit kepala atau migrain, doktor dapat
memberi khidmat kesihatan dan menasihati kita untuk menangani tekanan. Imbasan
CT dapat menunjukkan kondisi otak manakala kepakaran doktor menganalisis dan
mendiagnos diri kita untuk mengelakkan masalah ini bertambah ruwet,
persis sebelum kudis menjadi tokak. Seterusnya, pemberian
ubat-ubatan menenangkan jiwa boleh merawat gejala ini. Kita juga dapat bertanya
dan menjelaskan kekeliruan kita. Intihanya, perkhidmatan doktor wajar diperoleh
untuk menangani masalah stres kerana doktor memahami anatomi badan kita.
Sebagai
penggulung segala yang dibincangkan, masalah stres merupakan satu kekangan
serius dan harus ditangani sebelum nasi menjadi bubur.
Sekiranya tidak, nescaya masyarakat tidak dihembusi bayu keharmonian lantaran
terikat dengan kehidupan rancak di bandar. Justeru, semua pihak harus
bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam mencari jalan
penyelesaian serta tidak memandang enteng terhadap polemik ini persis
rumput di tepi jalan. Sesungguhnya, Beng Tju, seorang pemikir
unggul pernah menukilkan kata-kata, “rakyat ialah akar bangsa, jika akarnya
sihat, pokoknya sihat juga”. Tuntasnya, masalah stres perlu dibendung untuk
menjamin masa depan masyarakat yang sejahtera, damai dan permai.
Karangan 3-:
Remaja hari ini berdepan dengan pelbagai tekanan dalam usaha
memenuhi keinginan ibu bapa dan guru untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Stres yang dihadapi telah menyebabkan ada remaja yang mengambil tindakan yang
tidak sesuai. Jelaskan usaha-usaha yang perlu anda lakukan untuk
menangani stres.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.
Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.
Zaman remaja diakui sebagai zaman yang sangat indah namun penuh pancaroba. Remaja akan meneroka pelbagai sudut kehidupan demi mencari hala tuju mereka. Dalam tempoh pengembaraan itu, remaja akan berdepan dengan pelbagai masalah yang menguji ketabahan mereka. Ada remaja yang berjaya menangani masalah dengan baik namun ada juga yang tewas dalam kancah emosi sehingga mencetuskan permasalahan yang lebih serius. Remaja seperti inilah yang perlu dibantu agar mampu menangani tekanan emosi dalam jiwa mereka dengan cara yang bijak.
Apabila dibebani masalah, remaja lebih cenderung untuk melarikan diri daripada masalah dengan mencetus masalah lain. Contohnya, remaja selalu berdepan dengan konflik keluarga kerana pandangan yang berbeza. Jika itu berlaku, mereka mengambil jalan mudah dengan keluar melepak bersama rakan-rakan yang mungkin mendorong mereka untuk melakukan perkara-perkara negatif. Mereka mula tidak pulang ke rumah kerana tidak ingin bertembung dengan punca masalah di rumah. Hakikatnya tindakan itu tidak bijak kerana langkah terbaik adalah dengan mencari punca masalah tersebut dan berbincang bersama-sama agar yang keruh dapat dijernihkan. Jelas bahawa merungkai benang yang kusut adalah lebih baik daripada terus menambah masalah.
Ada juga remaja yang gemar memendam rasa apabila berdepan dengan masalah. Mereka akan menjadi pendiam dan jika keadaan itu dibiarkan berterusan, kemungkinan mereka akan menjadi murung. Kemurungan yang berlebihan akan membawa kepada masalah jiwa. Perkara ini boleh dielakkan jika remaja mencari seseorang yang boleh dipercayai untuk meluahkan masalah mereka. Teman baik merupakan orang yang sepatutnya dijadikan sandaran namun remaja perlu bijak memilih orang yang paling dipercayai. Walaupun orang yang mendengar tidak mampu membantu, sekurang-kurangnya luahan masalah itu dapat meringankan kekusutan yang bermain di minda. Melepaskan apa yang terbuku di jiwa merupakan terapi paling baik dalam menangani stres.
Kerunsingan terbukti dapat dihindarkan atau diatasi dengan cara beriadah. Jika ada masalah, luangkan masa untuk bersenam atau berjalan-jalan di kawasan riadah yang tenang. Ini selaras dengan slogan badan cergas otak cerdas. Aliran darah yang lancar hasil aktiviti riadah dapat mengurangkan tekanan pada minda yang berserabut dan kemungkinan remaja dapat melupakan seketika masalah yang sedang ditanggung. Remaja juga patut mengajak rakan atau ahli keluarga untuk bersama-sama beriadah dan hasil komunikasi ketika sesi riadah dapat membantu meringankan masalah. Tuntasnya, proses biologi yang tercetus ketika beriadah dapat memberi ilham kepada remaja untuk menyelesaikan masalah emosi yang ditanggung.
Kesimpulannya, stres tidak boleh dibiarkan menguasai diri kerana implikasinya terlalu besar. Orang yang sedang dalam tekanan yang keterlaluan selalunya tidak dapat mengawal diri sendiri. Justeru, jika kita sedang mengalami stres, berusahalah untuk mengatasinya secepat mungkin. Begitu juga jika kita melihat rakan yang sedang dalam tekanan, carilah jalan untuk membantunya mengatasi masalah tersebut. Cegah sebelum parah adalah jalan yang terbaik sebelum nasi menjadi bubur.
Karangan 4-:
Tekanan kini semakin menjadi-jadi dalam
kalangan pelajar. Mereka yang mengalami tekanan mental biasanya menunjukkan
tanda-tanda seperti bersikap murung, suka menyendiri dan tiada selera makan.
Contoh, peristiwa pelajar yang mengalami stres ialah cubaan membunuh diri
seperti terjun dari bangunan tinggi dan cubaan mencederakan diri sendiri dengan
pisau atau senjata. Tegasnya, punca-punca yang menyebabkan pelajar mengalami
stres perlu dikenal pasti dan langkah-langkah yang berkesan perlu diambil untuk
mengelakkan masalah ini daripada berlarutan.
Tekanan dalam pelajaran merupakan satu punca yang
menyebabkan masalah stres dalam kalangan pelajar. Sesetengah pelajar yang gagal
dalam peperiksaan menghadapi tekanan apabila tidak dapat berdepan dengan ibu
bapa mereka dan menunjukkan keputusan peperiksaan yang tidak memuaskan kepada
mereka. Contohnya, pelajar yang mengalami tekanan dalam pelajaran akan
menghadapi kemurungan dan berkemungkinan besar akan cuba membunuh diri.
Tegasnya, tekanan dalam pelajaran sememangnya menjadi punca utama yang
menyebabkan stres dalam kalangan pelajar semakin meningkat.
Selain itu, tekanan keluarga turut merupakan punca
masalah stres dalam kalangan remaja. Punca kehilangan pekerjaan dan masalah
rumah tangga yang tidak pernah berkesudahan menyebabkan sesetengah anggota
keluarga berbalahan sesame sendiri dan situasi ini menimbulkan ketegangan dalam
kalangan ahli keluarga. Fenomena sedemikian mewujudkan masalah stres dalam
kalangan ahli keluarga. Misalnya, ahli keluarga yang bermasalah akan terdorong
untuk melakukan perbuatan yang boleh mencederakan fizikal dan mental mereka
seperti cubaan untuk terjun dari bangunan tinggi.
Punca masalah stres
turut disebabkan oleh tekanan hubungan antara rakan. Pelajar yang menghadapi
tekanan dalam masalah cinta yang dihalang dan tidak direstui oleh ibu bapa
pelajar menyebabkan jiwa mereka memberontak. Keadaan ini menyebabkan mereka
bertindak melarikan diri dari rumah bersama dengan rakan sebaya disebabkan
mereka tidak sependapat dengan ibu bapa mereka. Contohnya, kes remaja yang
terpengaruh dengan pujuk rayu daripada teman mereka bertindak untuk melarikan diri
dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapa mereka. Tegasnya, tekanan hubungan antara
rakan merupakan punca masalah stres berlaku dalam kalangan pelajar.
Antara langkah yang
boleh dilakukan oleh pelajar yang menghadapi masalah stres adalah menjalani
sesi kaunseling dengan pakar psikologi yang berpengalaman. Pelbagai tips dan
kaedah serta rawatan terbaik untuk menghadapi tekanan stres dalam kalangan
pelajar perlu didedahkan kepada pelajar yang menghadapi masalah pelajaran dan
keluarga. Contohnya, kaedah terbaik adalah dengan menggunakan sistem
mentor-mentee bagi setiap pelajar yang menghadapi masalah stres dan ini
sedikit-sebanyak dapat membantu mereka mengurangkan tahap stres dalam kalangan
pelajar. Tegasnya, langkah terbaik yang boleh dilakukan oleh pelajar yang
menghadapi masalah stres adalah menjalani sesi kaunseling dengan pakar
psikologi.
Selain mengadakan sesi
kaunseling dengan pakar, pelajar sendiri perlu bersikap positif terhadap diri
mereka sendiri. Secara umumnya, terdapat lapan kaedah yang boleh dilakukan
untuk memastikan diri kita sentiasa berfikiran positif. Pertama, kita mengenal
potensi diri dan berfikiran positif. Kedua, kita membaiki kelemahan diri dan
tidak mengulangi kesilapan lalu. Ketiga, kita mengenal pasti sumber sokongan
sosial yang dapat meningkatkan potensi diri. Keempat, kita mendapatkan sumber
maklumat yang benar dan sahih dalam membuat keputusan. Kaedah lain ialah
pelajar sendiri perlu mengelakkan diri daripada menjadi sumber kontroversi atau
gosip, bergaul dengan individu yang berfikiran positif, menguruskan sumber
stres dan membuat penghargaan kepada diri sendiri setiap kali melakukan sesuatu
yang positif. Selain berfikiran positif, kita perlu memastikan diri kita
sentiasa dihargai. Terdapat beberapa tips yang boleh dipraktikkan untuk
menghargai diri sendiri. Tips pertama adalah menyayangi badan kita, mengamalkan
gaya hidup sihat, mengembangkan bakat dan minat, menjalinkan interaksi dengan
orang yang membuat kita gembira, mengeratkan hubungan dengan ahli keluarga,
meningkatkan kekuatan diri dan mensyukuri nikmat Tuhan dan berterima kasih.
Tegasnya, remaja perlu menjadi lebih positif dengan diri sendiri dan menjadi
lebih mapan dalam usaha membentuk jati diri dengan membina maruah diri.
Kesimpulannya, tekanan
stres akan menyebabkan seseorang tidak boleh menjalani aktiviti seharian dan
hal ini mengurangkan produktiviti mereka. Oleh itu, kaedah mengenal potensi
diri dan berfikiran positif merupakan cara yang terbaik untuk mengurangkan
tahap stres dalam kalangan pelajar. Kita haruslah ingat bahawa, remaja hari ini
merupakan tonggak generasi dan bakal pemimpin negara kita pada masa depan. Oleh
itu, pelbagai langkah yang efektif perlu dilakukan oleh semua pihak sehingga ke
akar umbinya untuk menangani isu stres ini daripada berlarutan.
Karangan 5-:
Terdapat
empat jenis faktor yang boleh menyebabkan berlakunya tekanan kepada diri
seseorang. Yang pertama adalah tekanan survival atau (survival stress).
Survival stress ini berlaku apabila anda berada dalam keadaan terancam sama ada
dari segi emosi, fizikal dan perasaan seperti takut untuk mengatasi ancaman
yang sedang dihadapi. Yang keduanya pula adalah tekanan yang berlaku dalam diri
(internally generated stress), di mana individu yang mempunyai personaliti
Jenis A (type-A personality) iaitu bercita-cita terlalu tinggi, berkehendakkan
kesempurnaan dalam semua kerja, terlalu mementingkan kerja dan mengharapkan
hasil yang tinggi.
Yang
ketiganya pula, tekanan atau stess yang disebabkan persekitaran tempat kerja
(Enviromental & Job Stress). Tekanan ditempat kerja boleh timbul
apabila wujudnya persekitaran tidak kondusif seperti ruang tempat kerja yang
sempit, ruang dan keadaan kerja yang tidak sesuai. Suasan bising dan bingit
semasa berkerja dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap di tempat kerja.
Terdapat juga tekanan yang disebabkan oleh
gaya hidup dan pekerjaan (fatigue & overwork stress). Antara faktor yang
menyumbang kepada tekanan jenis adalah seperti bebanan kerja seperti tekanan
dari segi masa atau tarikh luput kerja yang perlu disiapkan dan terbeban dengan
tangungjawab di luar keupayaan dan pengalaman diri. Perubahan dasar dan
prosuder di tempat kerja juga salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya
tekanan tambahan pula individu tersebut sukar menyesuaikan diri mengikut
peredaran masa.
Tekanan dalam perkembangan kerjaya juga boleh berlaku contohnya timbul kebimbangan terhadap jaminan pekerjaan serta kurangnya peluang kenaikan pangkat atau gaji. Biasanya akan berlaku fenomena jemu dan kecewa terhadap pekerjaan ketika sejak di dalam tempoh pekerjaan. Semasa bekerja juga, seseorang itu juga terdedah kepada situasi yang penuh tekanan seperti berhadapan dengan kerenah pelanggan atau majikan. Biasanya pihak atasan menuntut lebih daripada apa kemampuan pekerjanya dan melakukan sesuatu diluar keupayaan mereka. Inilah punca berlakunya sesuatu tekanan kepada individu.
Begitu berhadapan dengan pelanggan, pelanggan
yang terlalu cerewet akan menyebabkan pekerja tidak dapat tahan dengan keadaan
sebegitu, sehinggalah menyebabkan mereka tertekan. Tekanan demi tekanan yang
berlaku menyebabkan seseorang itu tidak tertahan dan terbawa-bawa ke rumah.
Apabila dirumah faktor-faktor seperti hubungan keluarga yang tidak begitu baik
di mana mereka kurang mendapat sokongan dan nasihat yang betul daripada
keluarga akan bertambah tertekan. Itu tidak masuk lagi hal-hal seperti masalah
kewangan, masalah kesihatan, dan banyak lagi perubahan dalam kehidupan yang
lain. Contohnya; kelahiran anak, perkahwinan, penceraian, kematian mahupun
perpindahan. Semuanya diatas ini, adalah punca-punca yang menyumbang kepada
berlakunya tekanan atau stress kepada diri seseorang individu tersebut.
Berdasar keempat-empat jenis punca tekanan
ini, dapatlah dirumuskan bahawa tekanan dan stress ini disebabkan oleh
masalah-masalah yang timbul dalam kehidupan seharian kita. Berlaku pula tekanan
disebabkan oleh tidak ada penyesuaian yang betul dalam berhadapan dengan
masalah tersebut. Apabila tidak ada penyesuaian yang betul maka tekanan atau
stess yang dihadapi oleh individu tersebut akan menjejaskan kehidupan seharian
serta kesihatan mental mereka.
bagusnya karangan ini
ReplyDelete.
mohon halal pengambilan karangan untuk dibuat rujukan,terima kasih
ReplyDeletehi watermelon sugar
ReplyDeletebussin'
ReplyDeletenice
ReplyDelete