Karangan Tentang Masalah Sosial Dalam Kalangan Remaja
Karangan 1-:
Masalah sosial dalam kalangan remaja merupakan
fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini. Masalah seperti
penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan sebagainya semakin
berleluasa dan kian meningkat. terdapat banyak faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini.
Salah satu daripanya ialah krisis keluarga yang
menyebabkan kwalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa yang sering
bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak mereka
dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam
kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul
dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya dan dari situlah bermulanya
segala masalah sosial yang disebut di atas.
Di samping ibu bapa, masalah ini juga berpunca
daripada pengaruh media massa. Dalam zaman teknologi yang berkembang pesat ini,
para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang negatif melalui
internet dan banyak saluran yang laim sehingga minda mereka mudah diracuni oleh
unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan modenisasi yang turut
memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan untuk lepas daripada
kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga memyebabkan remaja menolak
autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait rapat dengan
kemerosotan disiplin di sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak sekolah yang
tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang melanggar
disiplin, maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang sama.
Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku
persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif
oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke
pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh
pihak sekolah bersifat negatif.
Untuk mengurangkan masalah sosial ini, ibu bapa
haruslah mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni serta ajaran-ajaran
agama yang sempurna kepada anak-anak supaya mereka menjadi remaja yang
bermoral dan berakhlak mulia. Ibu bapa perlu memahami masalah anak-anak mereka
dan menjadikan anak mereka sebagai kawan dan bukannya lawan. Selain itu, ahli
keluarga yang lain seperti abang dan kakak juga berperanan dalam memastikan
adik-beradik dipantau dengan sempurna.
Di peringkat sekolah pula, para guru amat
berperanan dalam mengawal pelajar mereka daripada melakukan gejala sosial.
Sikap lepas tangan sesetengah guru seharusnya tidak dicontohi kerana pelajar
merupakan tanggungjawab mereka ketika berada di sekolah. Para guru juga harus
peka dan sentiasa terbuka kepada mendengar masalah pelajar serta menasihati
mereka secara baik. Di samping itu, disiplin di sekolah juga perlu
dipertingkatkan. Hubungan erat antara ibu bapa dan guru perlu dipertingkatan
supaya ibu bapa sentiasa mendapat maklum balas daripada guru yang mengajar
anak-anak mereka. Pihak sekolah juga seharusnya memperhebatkan Unit Kaunseling
untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah supaya mereka tidak berasa
terpinggir.
Kesimpulannya, untuk membendung masalah sosial ini
daripada terus menular, pihak-pihak yang terlibat harus berganding bahu dan
memainkan peranan masing-masing. Jika semua pihak dapat mengemblengkan usaha
dalam mengatasi masalah sosial dalam kalangan remaja ini, sudah pasti masalah
ini dapat diselesaikan sehingga ke pakar umbi.
Karangan 2-:
Berikan saya sepuluh orang remaja, nescaya akan
saya gegarkan dunia ini,” begitulah ungkapan yang pernah dilontarkan oleh bekas
Presiden Parti Indonesia, Soekarno yang menggambarkan betapa gahnya peranan
remaja sebagai penentu pembangunan dan kemajuan negara pada masa hadapan.
Remaja pada hari ini yang bakal menerajui pucuk pimpinan negara pada masa
hadapan dan merupakan aset modal insan negara bak kata pepatah, pemuda harapan
bangsa, pemudi tiang negara. Namun kebelakangan ini, masalah sosial dalam
kalangan remaja ini sering terpampang di dada-dada akhbar sekaligus menambahkan
kerunsingan terhadap Negara. Hal ini kerana bakal menentukan nasib Negara di
masa hadapan. Tidak dinafikan,pelbagai usaha telah digembleng bagi mengatasi
kemelut ini. Namun begitu, apakah punca kepada kegagalan tersebut?
Sememangnya tidak boleh dinafikan ibu
bapa adalah pendorong utama bagi remaja untuk menjadi seorang yang berguna
kepada Negara. Namun apabila ibu bapa tidak dapat memberikan perhatian kepada
anak-anak ataupun masalah keluarga yang semakin mendominasi keadaan membuatkan
anak-anak menjadi tertekan di usia yang muda dan ingin mencari ketenangan
diluar sana namun telah memilih jalan hitam akibat daripada terpengaruh dengan
orang yang tidak bertanggungjawab. Disebabkan kekurangan kasih sayang keluarga,
remaja mencari keseronokan di luar dengan terlibat dengan gejala sosial seperti
gangsterisme, seks bebas, kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan
pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, rogol, sumbang mahram,
ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit yang berpeleseran di luar sana.
Pengaruh media massa juga menjadi salah satu punca penting yang
menyebabkan remaja telibat dalam masalah sosial. Di zaman yang pesat dengan
kemajuan teknologi ini, remaja sekarang mampu mendapatkan sebarang informasi
dengan mudah tanpa sebarang batasan. Namun yang apa yang membimbangkan adalah
kesan negatif dari kemajuan teknologi itu sendiri. Misalnya, hampir semua
remaja pada era ini memiliki alat permainan “video game” yang sesetengah
permainan melibatkan remaja atau seseorang itu untuk memainkan watak-watak
sebagai pembunuh dan pengganas. Hal ini nampak seperti hal remeh namun kerana
benda sekecil ini sahaja mampu mempengaruhi remaja melakukan perkara tersebut
dalam dunia nyata dan berani mencederakan orang sekeliling. Hal ini akan
menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah dalam negara. Justeru itu, di
sebalik keseronokan yang terdapat pada teknologi yang ada sekarang terdapat
juga kesan-kesan yang boleh mengakibatkan seseorang itu terlibat dalam gejala
sosial.
Lahirnya remaja yang berguna pada Negara dan masyarakat
datangnya daripada sesebuah institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia.
Oleh sebab itu, keruntuhan akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberikan
kesan yang besar ke atas kebahagian dan keharmonian sesuatu institusi
kekeluargaan itu. Akibat daripada wujudnya ketidak harmonian dalam
kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan pastinya akan berlakunya penceraian. Hal
ini akan menjadikan masa depan anak-anak terbiar dan tidak terpelihara,
seterusnya hilang tempat bergantung dan bermanja. Kesannya berlakunya
masalah-masalah sosial yang lain seperti budaya lepak, ketagihan dadah,
gangesterisme, pelacuran, perjudian, hubungan sesama jenis dan masalah-masalah
yang lain.
Jatuh bangunnya sesuatu
negara, agama dan bangsa pada masa kini diukur dengan melihat akhlak dan moral
sesebuah masyarakat. Tidak dinafikan akhlak remaja pada hari ini sangat
membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak dibendung oleh pihak–pihak
yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka tidak hairanlah suatu hari
nanti masyarakat kita akan hancur dan keruntuhan akhlak remaja–remaja Melayu terutamanya
akan rosak dan binasa. Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan
dilihat kiranya akhlak remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera.
Masyarakat di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak
bersatu-padu. Akibatnya perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam
masyarakat. Sifat saling curiga-mencurigai akan beraja di hati masyarakat. Hal
ini memberi kesan apabila berlaku pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu
perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum.
Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana
hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin
meningkat.
Implikasi utama terhadap
negara jika gejala sosial tidak ditengani segera akan menyebabkan negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Hal ini akan
menjadikan kerancakan pembangunan negara akan terbantut dan keadaan
sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya gejala sosial dan keruntuhan
akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini menjadikan kadar jenayah
dalam Negara meningkat sejajar dengan peningkatan gejala sosial sekaligus
meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan kadar jenayah.
Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk kedalam negara sekiranya
generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak mereka. Dan, kesan paling
utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak remaja Islam akan hancur
dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang kita anuti pada hari
ini tentulah serong dan buruk.
Peranan ibu bapa jelas sekali
merupakan solusi yang perlu diketengahkan dalam membendung masalah sosial dalam
kalangan remaja ini. Sebagai Ibu bapa adalah menjadi tanggungjawab untuk memerhatikan
setiap gerak-geri anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa mengetahui dan
mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta meluangkan masa
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Proses ini sangat penting kerana ketika
inilah ibu bapa dan anak-anak mereka dapat bersatu hati sebagai sebuah
keluarga. Situasi seperti ini akan membuatkan anak-anak rasa disayangi dan
tidak diabaikan oleh ibu bapa meskipun ibu bapa sibuk dengan pekerjaan. Ibu
bapa juga wajib mengetahui rakan-rakan anak mereka dan memastikan anak-anak
mereka berkawan dan bergaul dengan orang-orang ynag baik dan berakhlak. Selain
itu ibu bapa hendaklah menerapkan sikap positif kepada anak-anak dalam
menangani masalah, emosi dan keputusan. Agama jelas sekali merupakan benteng yang
akan menentukan sama ada baik atau buruk sesuatu perkara itu. Justeru itu,
anak-anak perlu diserapkan dengan pendidikan agama sejak kecil lagi. Kata orang
“melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Kesimpulannya, ibu bapa adalah role
model kepada anak-anak bak kata pepatah Melayu “Kemana tumpahnya kuah kalau
tidak nasi”. Ibu bapa yang baik pasti akan melahirkan anak yang baik juga.
Selain
itu, langkah-langkah pencegahan yang bersesuaian hendaklah diadakan
seperti kaunseling di peringkat sekolah. Kaunseling di peringkat sekolah adalah
penting dalam membantu remaja mengatasi masalah mereka. Program ini akan lebih
bermakna sekiranya kaunselor-kaunselor yang berkelayakan dan berpengalaman
dilantik dalam memantapkan pelaksanaan dan keberkesanan kaunseling tersebut.
Mungkin anak-anak tidak dapat perhatian sepatutnya di rumah. Oleh itu, sekolah
adalah satu medium yang baik buat remaja untuk mendapatkan perhatian daripada
pihak sepatutnya. Program seperti mentor-mentee sangat membantu pelajar
bermasalah untuk berubah. Apabila guru menunjukkan perhatian dan kasih sayang
kepada anak muridnya, pasti pelajar akan lebih bersemangat untuk belajar.
Remaja itu asalnya suci namun disebabkan pengaruh luar yang sangat mencabar itu
mengganggu dan merosakkan proses pembesaran dan pembelajaran remaja. Justeru
itu, adalah menjadi tanggungjawab guru-guru untuk membimbing pelajar ke arah
kejayaan.
Remaja adalah golongan yang sangat sukar dikawal. Mereka
dipenuhi dengan sifat ingin tahu yang sangat tinggi. Hal yang demikian
menyebabkan mereka senang terpengaruh dengan masalah sosial. Oleh itu, kita
boleh mengambil inisiatif tertentu dengan mencungkil bakat dan potensi dalam
diri mereka. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih bermatlamat dalam hidup ini.
Misalnya, pihak sekolah boleh mengadakan aktiviti-aktiviti sukan yang membentuk
sifat berdaya saing secara sihat. Di samping itu, sekolah boleh mengadakan
pertandingan bakat seperti, pertandingan nyanyian, tarian, persembahan teater.
Remaja di zaman generasi alpha ini lebih tertarik dengan hiburan. Oleh itu, apa
salahnya kalau bakat dan minat ini diketengahkan. Bukankah lebih berbaloi
daripada membiarkan mereka menghancurkan Negara ini dengan masalah sosial yang
ditimbulkan oleh mereka sendiri. Dengan adanya inisiatif ini, tidak hairanlah
kalau mereka akan menjadi seseorang yang dibanggakan oleh Negara suatu hari
nanti. Mereka mungkin sahaja mampu menjadi idola sukan seperti Dato’ Lee
Chong Wei yang telah menjadi perhatian dan sekaligus membawa nama Malaysia
setaraf dengan Negara maju yang lain.
Kesimpulannya, isu gejala sosial yang sering kita
dengar telah mendatangkan kebimbangan walaupun kita telah mengetahui punca
kepada masalah ini dan kita juga telah nampak kesan-kesan yang kita hadapi
sekarang seperti kes pembuangan bayi, mat rempit, pelacuran dan sebagainya tapi
kita masih tidak dapat mengatasi masalah ini walaupun kerajaan telah mengadakan
pelbagai kempen tapi masih tidak Berjaya. Persoalannya salah siapakah semua ini
berlaku. Walaupun kita menunding jari di antara satu sama lain sekalipun
masalah ini tidak akan selesai kerana kalau tiada kerjasama antara semua pihak,
bagaimana masalah sosial akan diatasi? Bak kata pepatah Melayu "bersatu
kita teguh, bercerai kita roboh". Ambillah iktibar daripada pepatah ini
kerana pepatah bukan sekadar pada nama tapi harus direnungkan bersama. Justeru
itu, marilah sama-sama kita membanteras masalah ini bersama tanpa menunding
jari sesama sendiri.
Karangan 3-:
Pada era globalisasi ini, masalah gejala sosial semakin meningkat dari semasa
ke semasa. Hal ini mendatangkan kebimbangan banyak pihak antaranya ibu bapa
khususnya. Masalah sosial seperti gejala melepak, lumba haram, buli dan
sebagainya semakin hangat diperkatakan dari buah mulut masyarakat malah menjadi
isu yang serius dipaparkan didada-dada akhbar kebelakangan ini. Oleh itu, kita
tidak seharusnya memandang enteng akan masalah tersebut. Terdapat beberapa
punca berlakunya masalah sosial ini terjadi kepada golongan remaja khususnya.
Antara punca berlakunya gejala sosial ialah masalah hal keluarga yang dihadapi
dalam sebuah keluarga. Pertengkaran ataupun perbalahan antara ibu bapa yang
berlarutan memberi impak yang besar terhadap anaknya tanpa mereka sedari.
Masalah tersebut banyak berlaku apabila kedua orang tua yang disayangi
mengambil keputusan untuk menamatkan hubungannya dengan erti kata lain berpisah
mendorong anak untuk mencari kehidupan yang lebih baik diluar dengan melakukan
aktiviti yang kurang sihat iaitu melepak. Perasaan inginkan hiburan adalah
lumrah kehidupan individu dengan bertujuan melepaskan tekanan dan melupakan
masalah yang berlaku keatas dirinya. Percampuran pergaulan denagn golongan yang
kurang adab dan tidak membawa kebaikan membuatkan mereka menjadi lebih liar dan
turut kurang akhlak dalam dirinya. Lebih membimbangkan apabila mereka berasa
kawan lebih penting dari keluarga. Hal ini kerana, sikap ambil berat seseorang
terhadapnya menimbulkan perasaan rasa kurang kasih saying atau perhatian
daripada ibu bapa. Hal ini juga berpunca disebabkan oleh ibu bapa yang tidak
mengambil berat serta memandang rendah tentang masalah ynag dihadapi oleh anak
mereka. Selain itu, anak-anak yang kurang mendapat perhatian ibu bapa akan
mengambil tindakan yang salah tanpa berfikir panjang seperti terbabit dalam
pelbagai masalah gejala sosial. Jika dibiarkan gejala melepak ini berlarutan
kemungkinan akan mendatangkan pandangan yang kurang enak dari negara luar
yang beragama islam terhadap gaya hidup masyarakat kita.
Justeru
itu, imej negara kita akan tercemar hanya disebabkan masalah gejala melepak
ini. Maka, ibu bapa memainkan peranan yang besar dalam mendidik anak dari awal
lagi bak kata pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Selain itu, ibu
bapa juga perlu mengetahui dan mengenalpasti latar belakang kawan agar anak
tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat. Malahan, pihak polis perlulah
kerap melakukan rondaan ditempat-tempt yang menjadi sasaran remaja melepak.
Dengan usaha yang dilakukan dapat mengurangkan masalah gejala sosial sekaligus
masalah jenayah di negara kita.
Tambahan pula, masalah buli juga
merupakan salah satu gejala sosial yang semakin berleluasa. Ini disebabkan
remaja mudah terpengaruh dengan keadaan sekeliling dan juga aksi ynag
ditayangkan di media massa. Kita dapat menyaksikan betapa aksi-aksi ganas yang
ditanyangkan sebenarnya boleh mendatangkan kesan negatif terhadap remaja
khususnya untuk turut mencuba melakukannya. Sikap remaja yang ingin mencuba
sesuatu yang baru mempengaruhi diri dan terus melakukannya tanpa memikirkan
akibat atau kesan terhadapnya malah keluarganya. Malahan, kebanyakan pihak
sekolah yang buntu dalam mencari jalan bagi mengatasi masalah tersebut
membuatkan mereka makin naik lemak dan berani melakukan lebih sehingga
melibatkan kes pembunuhan. Apa yang lebih membimbangkan adalah sikap belas
kasihan dalam diri si pembuli langsung tiada sehinggakan tidak kisah jika
tindakannya sampai ke tahap pembunuhan. mengapa hal ini terjadi? Masalah ini
sering terjadi adalah kerana sikap ibu bapa yang kurang memberi didikan agama
dan lebih mengisi masa dengan mencari punca pendapatan daripada memberi
perhatian sepenuhnya terhadap anak. Justeru itu,ibu bapa yang tidak mahu
mengambil tahu akan masalah yang dihadapinya di sekolah iaitu remaja. Implikasinya,
kurang keyakinan diri akibat dibuli. Selain itu, perasaan takut muncul untuk ke
sekolah akibat daripada perbuatan ini. . Dengan itu, kempen mengatasi masalah
buli perlu diadakan dengan lebih kerap di sekolah dengan bertujuan bagi
mendedahkan dengan lebih terperinci dan lebih dalam akan keburukan membuli.
Malah, ibu bapa perlulah sentiasa menyuarakan dan menanyakan masalah yang
dihadapi remaja dan memberi cadangan untuk menyelesaikannya. Melalui cara yang
santai ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan turut sama menyelami
hati dan keinginan mereka.
Seterusnya, masalah ponteng sekolah.
Senario ponteng sekolah bukanlah masalah sosial baru di kalangan pelajar
sekolah di negara ini. Daripada keseluruhan pelajar yang dikenal pasti terbabit
dengan masalah ponteng, kira-kira 97% adalah dari kalangan pelajar lelaki dan
3% adalah kalangan perempuan. Masalah ponteng sekolah lebih ketara berlaku di
kalangan pelajar sekolah menengah iaitu tingkatan 2 dan 3 terutama mereka yang
bersekolah di kawasan Bandar dan sekolah di pinggir Bandar. Di antara faktor
yang menyebabkan berlaku masalah ini ialah tiada minat atau motivasi untuk ke
sekolah, pengaruh rakan sebaya dan pengaruh persekitaran seperti melepak di
pusat hiburan, pusat membeli belah dan melayari internet di cyber cafe.
Perkara kepada suka mencuba ini adalah
berkait rapat dengan lumba haram juga. Gejala lumba haram mula popular
dikalangan remaja sekitar akhir tahun 90 an. Alasan sering kali diutarakan oleh
remaja yang menyertai lumba haram ini adalah inginkan kebebasan dan
keseronokan. Kebiasaannya, hadiah yang dipertandingkan dalam perlumbaan haram
ini adalah wang pertaruhan yang diperolehi dari penonton dan gadis remaja daripada
kumpulan yang kalah. Mereka tidak ketinggalan menggunakan dadah. Kumpulan lumba
haram ini tidak takut kepada pemantauan pihak polis dan yang paling teruk
mereka tidak takut mati setiap kali berlumba. Tidak menjadi masalah besar buat
mereka seandainya mereka pernah terbabit dalam kemalangan atau rakan mereka
maut ketika berlumba. Kumpulan ini mempunyai perasaan setia kepada kumpulan
masing-masing dan sanggup terlibat dalam pergaduhan. Motosikal yang digunakan
untuk perlumbaan haram kebiasaannya telah diubah. Peratusan remaja yang
terlibat dalam perlumbaan haram ini semakin meningkat dan pihak polis sendiri
semakin kerap membuat pemantauan bagi mengurangkan kes lumba haram sekaligus
mengurangkan kadar kemalangan ngeri akibat perlumbaan tersebut.
Sehubungan dengan itu, ibu bapa memainkan
peranan yang besar dan penting dalam mendidik anak dan mencorak akhlak anak
agar menjadi insan yang berguna kelak. Malah ibu bapa sebenarnya merupakan
insan yang menjadi role moden terhadap anaknya. Jika elok peridadi diri kedua
orang tuanya maka elok jugalah kelakuan anaknya bak kata pepatah mana tumpahnya
kuah kalau tidak dinasi. Selain itu, didikan agama yang lebih mendalam sejak
kecil lagi perlu diterapkan agar mereka tahu baik buruk sesuatu perkara sebelum
melakukannya agar mereka dapat membezakan perkara yang boleh mendatangkan
akibat yang besar terhadap mereka juga keluarganya. Di sekolah pula, pihak
sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam pemantauan pelajar
sekolahnya. Hal ini kerana guru merupakan orang penting yang kedua selain ibu
bapa. Kempen tentang bahayanya dadah ataupun akibat berlakunya gejala sosial
perlu diadakan dengan lebih kerap dan lebih terperinci agar mereka mengetahui
dengan lebih dalam sesuatu jenayah. Perhatian yang sempurna daripada pihak guru
juga perlu dititikberatkan kerana remaja gemar disayangi dan mereka juga berasa
bahawa mereka memerlukan tempat bermanja selain daripada kedua ibu bapanya.
Nasihat dan teguran sekiranya mereka melakukan kesalahan memberi impak yang
besar agar mereka tidak lagi mengulangi perkara yang boleh mendatangkan rasa
kekecewaan dalam diri orang yang mereka sayangi.
Disamping itu, pihak polis perlu kerap
mengadakan pemantauan agar masalah gejala sosial seperti melepak dan lumba haram
dapat dikurangkan dan sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah dalam negara
kita. Sekiranya hal ini dibiarkan ataupun dipandang enteng sahaja akan memberi
kesan yang buruk terhadap imej negara kita. Malah, kadar jenayah semakin meningkat
dan kemungkinan perasaan belas kasihan sudah tiada dalam diri seseorang
individu. Kadar jumlah anak luar nikah juga akan meningkat dari semasa ke
semasa jika gejala buruk seperti ini makin berlarutan. Imej keluarga juga turut
terjejas dan menjadi buah mulut orang sekeliling. Disebabkan akan hal tersebut,
kurang keyakinan diri dalam diri seseorang individu akan makin menguasai diri
dan akan terlahirlah golongan remaja yang tidak progresif, aktif dan berkerjaya
dalam negara kita. Negara kita juga akan menjadi lebih kucar-kacir keadaannya
di masa akan datang. Ini kerana bakal pemimpin negara iaitu remaja yang
merupakan generasi y memiliki akhlak yang kurang dan juga lebih mementingkan
keseronokan hidup daripada memikirkan perkara yang berkaitan dengan isu-isu
negara. Keluarga memainkan peranan yang sangat penting kerana dari
instirusi kekeluargaanlah kebahagiaan dan keharmoniaan sesuatu masyarakat itu
terbentuk. Keruntuhan sesebuah institusi kekeluargaan akan menyebabkan
hilangnya kebahagiaan dan keharmoniaan yang dialami sesuatu masyarakat. Akhlak
seseorang individu remaja yang baik dan mulia datangnya daripada sesebuah
institusi kekeluargaan yang harmoni dan bahagia. Oleh sebab itu, keruntuhan
sesebuah akhlak dalam institusi kekeluargaan akan memberi kesan yang besar ke
atas kebahagiaan dan keharmonian sesuatu institusi kekeluargaan itu. Akibat
daripada wujudnya ketidak harmonian dalam kekeluargaan, sesebuah kekeluargaan
pastinya akan berlaku penceraian. Ini akan menjadikan masa depan anak-anak akan
terbiar dan tidak terpelihara. Seterusnya hilang tempat bergantung dan
bermanja. Kesannya berlakunya masalah-masalah sosial seperti diatas yang telah
dibincang.seseorang insan yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci
kain putih yang tiada kotornya. Ianya terpulang pada seseorang individu itu
bagaimana dia hendak mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan
dirinya dengan akhlak yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding
dengan individu yang mencorakkan dirinya dengan perkara yang negatif akan
dipandang serong dan dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang
bergelar muslim terutamanya remaja, akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan
perkara-perkara keimanan dan ketakwaan kepada Allah.
Sebaliknya, kebanyakkan muslim pada hari
ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama,
bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam dalam diri seseorang itu. Secara keseluruhannya
dapatlah dikatakan bahawa masalah sosial pada masa kini sangat berleluasa, ia
bukan sahaja melibatkan golongan dewasa malah juga golongan remaja terutamanya
pelajar sekolah. salah satu masalah sosial yang dilakukan ialah kegiatan
menghidu gam. Pada kebiasaannya kegiatan ini berlaku adalah disebabkan oleh
beberapa faktor misalnya seperti kurangnya perhatian ibubapa, pengaruh rakan
sebaya, remaja yang inginkan untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga pengaruh
keluarga. Justeru itu mereka melakukan kegiatan tersebut khususnya
kegiatan menghidu gam sehingga akhirnya boleh memberikan impak dan kesan bukan
sahaja kepada diri seseorang remaja itu sendiri, malah juga kepada keluarga,
pendidikan dan juga masyarakat serta negara. Oleh yang demikian, bagi menghindari
perkara atau kegiatan ini dari terus berleluasa, kita atau pihak yang berkenaan
hendaklah sentiasa membentuk beberapa langkah dan strategi bagi mengatasinya
masalah sosial ini khususnya bagi kegiatan Menghidu gam.
Pelbagai
langkah boleh diambil dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa
mestilah memainkan peranan dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah keruntuhan
akhlak di kalangan remaja. Dengan kata lain, walau apapun langkah yang diambil
oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama daripada ibu bapa, nescaya gejala ini
sukar diatasi.
Karangan 4-:
Dalam masyarakat kini, masalah sosial semakin tambah dan
dipaparkan melalui media masa. masalan sosial ini kebanyakan datang dari
kalangan remaja.
Budaya
melepak merupakan masalah sosial yang paling banyak ditayangkan.Kita dapat
saksikan bahawa kalangan remaja sering berjalan-jalan di kompleks beli-belah
atau duduk-duduk di tembok jalan dengan tanpa hala tujuan. Malah, sesetengah
kalangan remaja sering mengusik gadis-gadis yang lalu-lalang di tepi jalan
dengan berbahasa kerang sopan, atau berbual-bual kosong dan membuat bising
tanpa hala tujuan. Masalah ini akan diwujudkan kebanyakan adalah disebabkan
oleh hal-hal keluarga. Ahli keluarga mereka sering bergaduh ataupun adanya yang
ibu bapa bercerai. Mereka melepak di luar bersama kawannya tujuannya adalah
untuk mendapatkan hiburan ataupun melepaskan geram ataupun tekanan mereka.
Sesetengah pula merokok bersama kawan-kawan mereka.
Selain itu,
budaya buli juga sering berlaku dalam sekolah. Sejak-sejak ini, kita pun tahu
bahawa dalam sesebuah sekolah, seorang remaja lelaki telah dipukul oleh
sekumpulan remaja lelaki. Pihak sekolah tersebut juga tidak mengambil tindakan
terhadap kumpulan remaja lelaki tersebut disebabkan remaja kini semakin biadap
dan liar.Golongan remaja akan bertindak begitu kebanyakan dipengaruhi oleh
media masa.Kebanyakan filem keganasan ditayangkan dalam pawangan wayang. Jenis
filem ini amat disukai oleh remaja-remaja masa kini terutamanya remaja lelaki.
Jadi, mereka akan belajar tindakan yang dipaparkan dalam wayang tersebut.
Bukan itu sahaja, remaja juga sering mengamalkan amalan lari dari rumah. Hal
ini dapat diyaksikan melalui surat khabar. Remaja yang lari dari rumah
kebanyakannya adalah lari bersama teman lelakinya. Remaja-remaja selalu
berkawan dengan orang yang tidak berkenaan. Hubungan mereka juga berkembang
dengan cepat sehingga menjadi teman lelaki dan teman wanita. Hal ini akan
terjadi disebabkan pengawasan yang tidak ketat di sekolah. Kebanyakan remaja
suka bertemu dengan teman lelaki atau teman wanita di depan pintu sekolah tanpa
kesedaran ibu bapa. Oleh itu, mereka senang ditipu dan dipujuk oleh orang luar
dengan kata manis.
Ada juga remaja-remaja yang selalu ponteng sekolah. Mereka ponteng sekolah
tujuan utamanya adalah berkunjung ke kafe internet. Mereka terjerumus dengan
laman web permainan di kafe internet. Mereka boleh menghabiskan masa mereka
dengan perkara yang tidak berfaedah di kafe internet. Hal ini akan terjadi
disebabkan kawalan sosial yang longgar.Para ibu bapa lebih menumpukan masa dan
tenaga untuk mencari mata pencarian di luar rumah, secara tidak langsung telah
menimbulkan rasa bosan dan kesunyian di hati anak-anak. Lantas, anak-anak mudah
mengikut ajakan rakan-rakan untuk berhibur dalam laman web.
Tambahan pula, yang
lebih seriusnya adalah kegiatan lumba haram. Mereka berlumba motosikal di
tempat yang tertentu bersama kawan-kawan yang dalam kumpulan yang besar. Mereka
telah membahayakan nyawa mereka dalam lumba haram tersebut. Mereka akan berbuat
demikian kebanyakan adalah mereka tidak puas hati terhadap keluarga mereka atau
masalah yang dihadapi oleh mereka. Mereka telah memilih cara begini untuk
melepaskan geram yang ada dalam hati mereka.
Untuk mengatasi
masalah sosial yang tersisiar dalam masyarakat ini, pihak berkuasa haruslah
menguatkankuasa untuk menangani masalah sosial tersebut. Tambah pula, pihak ibu
bapa juga haruslah lebih mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Bumi mana
tidak ditimpa hujan. Jadi pihak ibu bapa haruslah mengubah sikap mereka yang
dahulu.
Tuntasnya, saya
berharap masalah sosial ini dapat diatasi selepas pelbagai pihak telah
menjalankan kewajipan mereka.
Karangan 5-:
Pada
zaman pascakemerdekaan ini, isu gejala sosial dalam kalangan remaja semakin
berleluasa dan menjadi fokus perbincangan serta tajuk utama akhbar-akhbar di
Malaysia. Fenomena ini kian kritikal dan menggusarkan fikiran masyarakat.
Peratus kes gejala sosial seperti kes buang bayi, pergaulan seks bebas, mat
rempit dan sebagainya terus meningkat saban tahun tanpa titik noktahnya.
Senario yang menggemparkan ini tidak boleh dibiar berterusan. Lantas, sebelum
nasi sudah menjadi bubur, marilah kita mengkaji punca berlakunya gejala sosial
dalam kalangan remaja untuk menangani masalah ini dengan efisien.
Antara punca gejala sosial termasuklah masalah
institusi keluarga. Keluarga merupakan benteng pertahanan kita sama ada dari
segi mental mahupun dari segi fizikal. Kita dilindungi daripada masalah dan
pancaroba di dunia luar. Maka, ibu bapa berperanan penting sebagai entiti
mithali untuk menyerap nilai murni ke dalam sanubari anak. Namun, sekiranya ibu
bapa leka mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan dan mengabaikan
tanggungjawab mereka sebagai pembentuk keperibadian dan sahsiah remaja, mereka
akan kehausan kasih sayang ibu bapa dan berasa tersisih. Maka, mereka akan
terdorong untuk terjebak dalam kancah negatif seperti vandalisme, gengsterisme
dan lain-lain. Sudah terang lagi bersuluh, kebanyakan remaja yang terjebak
dalam gejala sosial datang daripada institusi keluarga yang kurang sempurna.
Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga
menyumbang ke arah gejala sosial. Rakan sebaya mengambil alih tanggungjawab ibu
bapa kita semasa di luar. Rakan yang berpengaruh positif mampu membentuk
sahsiah yang mahmudah dalam diri remaja. Namun, rakan yang bersikap negatif
akan mengundang kemudaratan kepada kehidupan kita seperti api yang mampu
membinasakan kehidupan. Rakan sebegini mencabarkan remaja untuk melanggar
peraturan sekolah dan menyebabkan mereka terjerumus ke dalam lembah
kemudaratan. La Rouchefoucauld pernah mengungkapkan "Keinginan paling
besar kadang-kala mempunyai komanya, tetapi sifat bermegah mengganggu kita
tanpa titik noktahnya". Lantas, remaja itu akan mengalami keruntuhan
akhlak dan mempunyai masa hadapan yang gelap kerana telah dicemarkan dengan
niat yang salah.
Seterusnya, pengaruh media massa turut
mengundang isu sosial dalam kalangan remaja. Dalam menempuh era globalisasi
yang sarat dengan alat teknologi yang semakin berkembang dengan pesat bak
cendawan tumbuh selepas hujan, remaja telah dipengaruhi oleh media massa cetak
dan elektronik. Terdapat segelintir remaja yang kurang berfikiran matang
menyalahgunakan internet dan dipengaruhi oleh paparan laman web yang kurang
sihat. Misalnya, aksi-aksi keganasan, kelucahan dan sebagainya. Remaja
dipengaruhi oleh budaya hegemoni Barat yang mementingkan dunia hedonistik
semata-mata. Akhirnya, remaja akan melakukan gejala sosial seperti pergaulan
seks bebas, berlari dari rumah, menagih dadah dan lain-lain. Bak kata pepatah,
nila setitik rosak susu sebelanga. Natijahnya, masyarakat kita turut dianggap
berminda kelas ketiga dan tidak aman. Terbuktilah bahawa pengaruh media massa
mampu mendatangkan penularan budaya negatif dalam generasi muda kini.
Punca dominan lain ialah tekanan di sekolah.
Tatkala remaja diberikan terlalu banyak kerja rumah atau tekanan untuk berjaya
dalam peperiksaan, mereka akan mencari kaedah untuk melepaskan kemarahan dan
tekanan mereka. Misalnya, menghisap dadah, ponteng sekolah, melakukan vandalisme
dan lain-lain. Mereka akan mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang
pelajar dan asyik menggunakan jalan belakang untuk menyelesaikan masalah di
sekolah. Jelaslah bahawa gejala sosial turut berpunca daripada tekanan emosi
dan minda dalam institusi persekolahan.
Tuntasnya, remaja ibarat pahlawan kerdil tetapi
penuh keberanian. Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan berganding usaha
untuk menangani masalah gejala sosial yang mencengkam dan membelenggu
masyarakat. Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
Sekiranya setiap lapisan masyarakat dapat melestarikan kewajipan masing-masing,
pastilah kita dapat membina golongan remaja yang berwawasan dan bakal menjadi
modal insan negara. Imam Al-Bukhari pernah mengungkapkan "Jika anda ingin
melihat masa hadapan negara, lihatlah golongan remaja yang ada sekarang."
Bersama-sama kita membanteras gejala sosial dalam kalangan remaja untuk
mewujudkan masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Maka, negara kita
akan mencapai aspirasi Wawasan 2020 sebagai negara yang disanjungi di persada
antarabangsa.
karangan yg matang n seronok untuk dibaca
ReplyDeleteKarangan yang sensing untuk dibuat rujukan
ReplyDeleteKarangan yang terbaik
ReplyDeleteKarangan yang terbaik
ReplyDeleteboleh dapat A dalam peperiksaan.
ReplyDeleteNice essay
ReplyDeleteMashaa Allah mantap
ReplyDeleteπππ
ReplyDeleteWahhhh mantapππ
ReplyDeleteMATANG
ReplyDeletekudum suka
ReplyDeletethanks
ReplyDeleteSiapa yang amik jawapan peperiksaan bahagian B ? HAHAHAHA ..
ReplyDelete