Kepentingan Mempertahankan Unsur-Unsur Kebudayaan
Karangan 1-:
Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.
Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di
Malaysia.
Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan
mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.
Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.
Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek
Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.
Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu. Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai fungsi tertentu.
Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan
menghapuskan permainan tradisional yang ada.
Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang
dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.
Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan
terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.
Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.
Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.
Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.
Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional masyarakatnya.
Kini, warisan budaya tradisional
menghadapi ancaman kepupusan. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat
resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat
pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana
mempunyai identiti tersendiri.
Budaya
melambangkan identiti sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita
melambangkan sifat majmuk masyarakat kita. Misalnya, pakaian tradisional
pelbagai kaum yang unik dan berwarna-warni. Budaya tradisional kita juga
menunjukkan budi da pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni yang ditunjukkan
dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari kebesaran
menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra. Banyak orang
asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita pada hari
kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari kebesaran
menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang dikagumi oleh
dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan.
Budaya
tradisional juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan
nilai tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat
handai saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima
dan memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat
Deepavali” keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan
mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah
satu tarikan pelancongan ialah budaya kita. Sebenarnya, keindahan pantai,
landskap dan hutan Malaysia juga dapat ditemukan di kebanyakan tempat, misalnya
di Indonesia dan di Negara Thai. Yang unik ialah budaya tradisional kita,
misalnya persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan
tarian seperti kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia
kerana ingin mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal
bersama-sama kita dikampung untuk merasai kehidupan kita. Tidak kurang pula
yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu. Jadi, budaya
penting untuk mengembangkan pelancongan
.
Budaya
perlu dikekalkan demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional,
kita mengetahui asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan.
Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari
sini kita akan mendapat iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita
tentang kedatangan Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang
Kesultanan Melaka dan kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita
yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang
silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk
mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta
pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih
memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan
lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan
tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah
perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti
dan dilihat sepanjang masa.
Warisan
tradisional kita boleh disampaikan kepada generasi muda melalui latihan.
Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan sebagainya boleh dijalankan melalui
Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga boleh menyelitkan budaya !
tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah. Pertandingan berbalas
pantun clan tarian tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan
peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita
akan terus berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai
mengenalinya dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati
kerana “tak kenaI maka tak cinta”.
Di samping itu, pameran artifak atau
sejarah kebudayaan warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini
pengaruh media massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai.
Sehubungan dengan itu, media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan
lebih kerap dan meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan
melalui Pesta Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak
media massa juga digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita
Harian, yang merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian,
hiasan, kepercayaan, petua kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut
budaya juga boleh dimasukkan dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia
Hari lni” dan “Selamat Pagi Malaysia”.
Janganlah
kita biarkan kebudayaan kita hanya dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang
berbunyi “biar mati anak,jangan mati adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan
memelihara budaya ini tidak seharusnya dipandang enteng. Marilah kita
bersama-sama memeliharanya supaya terus subur meredah zaman, tidak lekang dek
panas, tidak lapuk dek hujan.
Karangan 2-:
Kebudayaan warisan bangsa negara ini semakin
dilupakan oleh remaja kita dek arus pembangunan yang rancak itu.
Jelaskan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk melestarikan warisan seni budaya.
Kebudayaan warisan bangsa bolehlah ditakrifkan sebagai kebudayaan sesuatu bangsa itu yang amat dihargai oleh rakyat. Kebudayaan warisan bangsa merujuk budaya yang sudah diamalkan sejak berkurun lamanya oleh sesuatu bangsa itu. Antara kebudayaan itu meliputi pakaian, makanan dan juga bahasa yang begitu diagungkan oleh setiap kaum itu. Pihak media massa juga ada menyiarkan pelbagai ulasan mereka tentang kebudayaan warisan kita yang semakin terhakis terutama dalam jiwa remaja zaman modern ini. Lantaran itu, pelbagai langkah susulan boleh diambil untuk memastikan kebudayaan warisan ini terus berkekalan.
Langkah awal sudah pasti melibatkan penggunaan kempen kesedaran yang berkesan oleh pihak berkuasa. Kempen ini disiarkan melalui media massa dengan menggunakan tokoh budaya sebagai jurucakap kempen itu bersama-sama informasi yang lengkap tentang kebudayaan kita. Kaedah ini memastikan remaja memahami dan mengetahui mengenai kebudayaan sendiri dengan mudah dan menarik pula lalu timbul perasaan menghargainya. Jadi, kempen yang efektif berupaya untuk memastikan kebudayaan ini terus berkekalan.
Selain itu, pihak berkuasa boleh menubuhkan pelbagai agensi dan institusi latihan yang berkaitan dengan kebudayaan ini. Peranan agensi ini adalah untuk melancarkan program berkaitan dengan kebudayaan sepanjang tahun dan institusi ini pula berpeluang melatih remaja tentang aspek kebudayaan itu dengan baik. Sudah pasti ramai remaja kita akan mahir dalam tarian, seni tukang, lukisan corak batik dan nyanyian dondang sayang itu. Jelaslah, kewujudan agensi khas dan institusi latihan menjamin kebudayaan kita ini terus wujud dalam sanubari remaja kita pula.
Bukan sahaja kempen dilancarkan dan agensi serta insitusi ditubuhkan tetapi perubahan minda masyarakat terhadap kebudayaan juga harus berlaku dengan drastiknya. Masyarakat terutama ibu bapa sering memandang rendah aktiviti atau kerjaya dalam bidang kebudayaan dengan alasan tiada prospek masa depan. Jika ibu bapa melihat kebudayaan sesuatu yang baik sudah pasti remaja lebih rela untuk melibatkan dirinya dalam sebarang aktiviti budaya ini. Sesungguhnya, persepsi masyarakat yang kelirulah yang menyebabkan kebudayaan kita terus whiling ditelan dek zaman.
Malah, pemberian pelbagai insentif daripada pihak kerajaan boleh memberikan galakan agar masyarakat menghargai kebudayaan ini. Pemberian insentif itu meliputi pemberian geran kewangan, biasiswa, kemudahan pinjaman dan sebagainya yang memudahkan pihak tertentu untuk mengikuti latihan atau menganjurkan program berunsur kebudayaan ini. Jika lebih banyak aktiviti kebudayaan boleh dianjurkan sudah pasti tahap kefahaman masyarakat tentang kepentingan kebudayaan itu amat dihargai pula. Oleh itu, insentif yang betul dan banyak serta mudah memberikan satu peluang untuk kebudayaan ini terus wujud di Malaysia.

Tambahan pula, kebudayaan warisan negara ini
boleh diteruskan melalui pengawalan budaya asing ke negara ini. Maksudnya,
semua program televisyen yang berunsur budaya kuning hendaklah dipantau oleh
pihak berkuasa kerana penghakisan kebudayaan warisan negara ini berlaku
disebabkan oleh mudahnya budaya luar meresap ke dalam jiwa remaja. Kesukaran
untuk melihat budaya luar mengurangkan risiko buat remaja untuk mengikuti budaya
yang tidak sesuai itu. Maka, tindakan tegas untuk mengawal kehadiran budaya
luar menjadi benteng asas memastikan kebudayaan warisan kita ini terus wujud
untuk beberapa dekad akan datang pula.
Kesimpulannya, semua tindakan yang disuarakan tadi memang praktikal untuk dilaksanakan di Malaysia. Kerjasama semua pihak terutama remaja itu amat diperlukan agar kebudayaan kita ini terus berkekalan. Kegagalan untuk mengekalkan kebudayaan sendiri boleh menyebabkan imej negara dan masyarakat itu sendiri akan musnah dalam sekelip mata sahaja. Bak kata pepatah 'tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan' yang membuktikan betapa pentingnya kebudayaan sesebuah bangsa itu dalam kehidupan.

Karangan 3-:
Sebagaimana kita sedia maklum,
setiap negara di muka bumi bertuah ini memiliki permainan tradisional yang
tersendiri. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan
pada kala lapang sejak dahulu kala. Oleh hal yang demikian, permainan tradisional
seperti congkak, guli, wau, gasing dan tingting memainkan peranan yang penting
dalam mengisi masa lapang para penduduk zaman nenek moyang. Kini, permainan
tradisional semakin dipandang enteng, justeru rakyat kita mula memboikot
permainan ini tanpa menyedari kepentingannya.
Sebenarnya, rakyat Malaysia memainkan peranan penting dalam penjagaan
permainan tradisional. Anjakan paradigma mestilah kita ambil agar permainan
ini tidak hilang ditelan zaman. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Janganlah kita merindui permainan
tradisional selepas permainan ini pupus ditelan zaman. Oleh itu, langkah
mempopularkannya seperti kempen “Jom Main Permainan Tradisional” dan
pertandingan bermain permainan tradisonal merupakan rencah maslahat untuk
mempertahankannya. Langkah tersebut penting supaya ahli masyarakat mendapat
pendedahan dan mempelajari permainan tradisional sepanjang kempen dan
pertandingan dijalankan kerana tak kenal, maka tak cinta. Dengan
langkah proaktif tersebut, kita dapat memastikan permainan tradisional
mampu menjadi warisan budaya untuk generasi yang akan datang.
Realitinya, permainan tradisional memainkan peranan penting sebagai lambang
keagungan bangsa dan negara tercinta ini. Oleh sebab rakyat negara
ini berbilang kaum, permainan tradisional merupakan salah satu cara rakyat
tanpa mengira kaum mengisi masa lapang. Tanpa melihat warna kulit mahupun
agama, permainan tradisional dilihat sebagai permainan rakyat yang dapat
menghidupkan kesuburan norma kehidupan murni. Kini, kerajaan sudah pun
menjadikan permainan tradisional sebagai platform untuk menarik kedatangan
pelancong asing ke negara kita. Yang di luar jangkaan, pelancong asing berasa
teruja dan takjub dengan warisan bangsa kita dan sanggup tinggal lebih lama di
sini hanya untuk mempelajari permainan tradisional kerana pelancong sedar akan
peribahasa “sambil menyelam, minum air”. Hal ini sekali gus menjana
pendapatan negara melalui industri pelancongan yang semakin
meningkat.
Daripada persepsi cendekiawan, permainan tradisional merupakan
sejenis pendidikan tidak formal yang amat tinggi nilainya.
Hal ini demikian kerana kita dapat mematangkan pemikiran di samping membijakkan
otak untuk berfikir secara kritis dan kreatif semasa memainkan permainan
tardisional. Sebagai contoh, permainan congkak menguji kebijaksanaan dan
kesabaran pemain memasukkan biji guli ke dalam “rumah” dan “kampung” pada papan
congkak. Yang indahnya, kita dapat memupuk dan menyemai nilai-nilai murni dalan
kalangan rakyat sesebuah negara supaya lebih cinta akan negaradaripada
dijajah oleh anasir jahat dari luar. Natijahnya, kita harus sedar bahawa
permainan tradisional dapat mengukuhkan semangat perpaduan nasional dalam
kalangan rakyat supaya mereka sedar bahawa “bersatu kita teguh,
bercerai kita roboh”.
Akhirulkalam, permainan tradisional mestilah dihidupkan semula supaya
menjadi tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Saya
berharap, satu hari nanti, permainan rakyat ini akan lebih dipandang berat dan
diapresiasi oleh segenap lapisan masyarakat di nusa ini. Warisan bangsa ini
sebenarnya mestilah kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Secara tidak
langsung, permainan tradisional dapat mengharumkan nama negara dan menaikkan
imej Malaysia di persada dunia. Kesimpulannya, saya berharap permainan
tradisional di Malaysia akan terus popular dalam carta kehidupan rakyat
dan terus diminati sebagai hobi yang berfaedah. Ayuh kita main congkak!
Karangan 4-:
Usaha
mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia adalah menjadi
tanggungjawab semua rakyat di negara ini. Bukan hanya kepada pewaris
seni dan budaya sahaja. Masyarakat Malaysia telah mewarisi pelbagai jenis
kesenian. Pewaris budaya bangsa pada masa depan adalah generasi hari ini.
Melalui pendidikan warisan kesenian bangsa dapat dipelajari.
Bagi
membina remaja yang cemerlang dan memahami budaya, mereka mestilah memahami dan
menghayati budaya bangsa. Budaya bangsa adalah asas kepada
pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.
pembentukan kebudayaan kebangsaan dalam kehidupan bermasyarakat.
Asas kehidupan budaya kebangsaan adalah berteraskan kebudayaan rakyat asal di rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan kebangsaan. Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan kebangsaan itu. Agama dan kebudayaan sangat berkait rapat dengan kehidupan.
Fenomena pada masa kini, kalangan remaja lebih mengenali “budaya luar” atau budaya Barat yang dibawa masuk melalui TV dan juga Internet. Perkara ini seharusnya tidak berlaku jika remaja dididik dan diberi kefahaman tentang uniknya budaya tempatan di
Malaysia.
Sebagai contoh, muzik dan tari ciri kehidupan yang melahirkan gerak irama, menghantar manusia ke alam luas, jauh dan syahdu. Rentak dan genderang memberi semangat kepada pahlawan yang sedang berjuang. Rayuan gita (lagu) harapan ibu dikatakan
mempercepatkan membesar sang bayi dalam ayunan.
Pelbagai jenis warisan kesenian pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi muzik, alat muzik, tarian, kraf tangan, permainan, seni bina dan lukisan. Semua warisan ini amat berharga dan bernilai kepada negara. Kalangan remaja harus memahami dan menghayati semua warisan ini.
Justeru, warisan kesenian ini juga menjadi aset dan tarikan para pelancong. Sebagai contoh, jenis-jenis muzik Melayu tradisional antaranya ialah muzik makyung, Mek
Mulung, Ghazal, wayang kulit dan sebagainya.
Di Sabah saja mempunyai kira-kira 32 jenis tarian daripada pelbagai jenis etnik. Tarian Mongigol Sumundai, Sumayau dan Semazau Penampang merupakan beberapa jenis tarian untuk pemujaan semangat. Di Pahang ada Tarian Labi-Labi dan Tarian Pelanduk yang unik dan perlu diketengahkan selain masih banyak lagu-lagu rakyat yang perlu dikomersialkan. Begitu juga bagi negeri-negeri lain seperti Terengganu dan Kelantan.
Selain
itu, bidang muzik mengikut cara bunyi dihasilkan, alat muzik tradisional kaum
di Malaysia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Pertama, getaran pada tali
yang ditegangkan seperti alat muzik India iaitu Tampura, alat
muzik Cina Erh-Hu. Kedua, di pukul pada kulit yang ditegangkan iaitu
Geduk alat muzik Melayu dan Tabla alat muzik kaum India.
Beberapa alat muzik ini sangat penting kerana ia digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara tertentu. Selain itu, tarian-tarian suku kaum di Malaysia telah diwarisi sejak beberapa abad yang lalu. Setiap tarian tradisional mempunyai fungsi tertentu.
Kraf
tangan suku kaum di Malaysia juga ada berbagai-bagai jenis. Kraf tangan ini
diperbuat daripada pelbagai bahan seperti mengkuang, kayu, manik, benang,
logam, tanah liat dan sebagainya. Keunikan ini harus dibanggakan oleh kita
rakyat Malaysia yang kaya dengan kesenian kraf tangan.
Permainan tradisional pula dapat mewujudkan interaksi sosial dalam masyarakat selain daripada mengisi masa lapang. Pelbagai jenis permainan tradisional yang boleh didapati di kalangan kaum di Malaysia. Setiap permainan tradisional ini menggunakan alat dan peraturan tertentu. Kita semua tentu tidak mahu, permainan Internet akan
menghapuskan permainan tradisional yang ada.
Di samping itu, seni bina merupakan satu aspek warisan budaya yang penting ke rana ia menunjukkan identiti dan kreativiti bangsa. Terdapat pelbagai bentuk seni bina warisan kaum di Malaysia. Mengenali dan mempelajarinya adalah satu usaha yang
dapat mengekalkan seni bina bangsa kita.
Bentuk-bentuk seni bina ini sangat unik terutama jika dilihat dari segi bumbung, tiang, tangga, ukiran dan sebagainya. Sebagai contoh, rumah-rumah tradisional Melayu ada beberapa bentuk. Antaranya, Rumah tiang 12, Rumah Perabung Lima, Rumah Bujang Barat, Rumah Bumbung Perak dan Rumah Perabung Panjang. Begitulah indahnya dan
terdapat pelbagai ciri serta bentuk rumah tradisional Melayu.
Memetik pandangan Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah, sebagai berkata seni bina penting kerana ia menunjukkan nilai kreativiti seseorang dan warisan sesuatu bangsa. Ia mesti dapat disesuaikan dengan diri dan budaya kita dalam menerap kemajuan teknologi, kemajuan perniagaan dan lain-lain tanpa mengetepikan adat dan budaya bangsa Malaysia.
Menurutnya, seni bina yang mempunyai nilai-nilai sejarah perlu dipelihara agar ia tidak dilupakan dan sentiasa diingat oleh setiap golongan masyarakat. Ia juga perlu dijaga dengan baik agar masyarakat dapat melihat evolusi bangsa.
Justeru, kita juga perlu ada satu pendekatan dalam evolusi seni bina agar apa juga yang dihasilkan dapat mencerminkan budaya dan masyarakat kita sendiri dan bukan sekadar dicedok atau diambil dari pengaruh-pengaruh luar atau internet. Media adalah suatu yang dinamik. Kita tidak boleh terima apa saja yang disiarkan, tetapi ia perlu ditapis.
Sebagai
contoh, Istana Budaya setaraf dengan Royal Albert Hall di London. Reka
bentuknya mementingkan ciri-ciri kebudayaan Melayu. Tapak bangunan ini direka
berdasarkan wau bulan. Bumbung Istana Budaya berkonsepkan gubahan sirih junjung.
Ruang dalamnya berkonsepkan rumah Melayu.
Sementara itu, lukisan suku kaum di Malaysia juga merupakan satu cabang seni yang tinggi nilainya. Sebagai contoh, orang Cina menggunakan motif hiasan yang pelbagai dalam seni lukisan berdasarkan lagenda, falsafah, sejarah dan tradisi aliran agama Buddha, pengajaran Tao dan Confucious. Simbol lukisan orang-orang Cina berbeza daripada simbol budaya lain kerana sesuatu corak yang dipilih mempunyai makna yang tersendiri.
Justeru, kita mengharapkan generasi muda pada masa kini dapat memahami unsur budaya dan pelbagai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang memahami budaya tradisional masyarakatnya.
Kelainan
dan kesatuan ini menjadikan budaya masyarakat Malaysia sangat unik dan menjadi
daya tarikan para pelancong dari luar negara. Mereka melihat semua warisan
kesenian pelbagai kaum sebagai satu seni yang unik dan dapat menyatupadukan
perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Hakikatnya,
Malaysia mengandungi berbagai-bagai masyarakat dan budaya; tetapi
apa yang dicita-citakan oleh kita semua pada satu peringkat, ialah integrasi
yang melampaui masyarakat dan budaya yang berbagai-bagai-bagai. Integrasi
inilah yang dapat dijalinkan bagi memperkukuhkan perpaduan dan dapat
dirasakan oleh rakyat Malaysia sebagai kebudayaan nasional mereka.
Karangan 5-:
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat
dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana
mempunyai identiti tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara
hidup pelbagai kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat
resam, seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara
kita smakin lenyap ditelan arus pemodenan. Budaya melambangkan identiti
sesebuah negara. Amalan budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk
masyarakat kita. Misalnya, keuikan pakaian tradisional pelbagai kaum yang
pelbagai bentuk potongan dan cara pemakaian serta berwarna-warni.
Budaya
tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti masyarakat Malaysia. Nilai murni
yang ditunjukkan dalam majlis korban dan mengadakan rumah terbuka pada hari
kebesaran menunjukkan kita prihatin terhadap orang lain dan bersikap mesra.
Banyak orang asing terkejut kerana rakyat kita bebas mengunjungi pemimpin kita
pada hari kebesaran. Penghantaran kuih-muih dan saling mengunjungi pada hari
kebesaran menunjukkan kemesraan sesama kaum. Inilah identiti Malaysia yang
dikagumi oleh dunia luar dan identiti ini perlu dikekalkan. Budaya tradisional
juga dapat memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan rumah
terbuka pada hari kebesaran. Rakyat kita tidak kira keturunan, agama dan amalan
adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan sahabat handai
saling mengunjungi. Kuih- muih bertukar pinggan. Kita saling menerima dan
memberi. Ucapan “Selamat Hari Raya”, “Gong Xi Fa Cai” dan “Selamat Deepavali”
keluar dari jiwa yang penuh keikhlasan. Semangat kekitaan ini akan mengeratkan
siraturahim, seterusnya memupuk perpaduan.
Salah
satu tarikan pelancongan ialah keunikan budaya tradisional kita, misalnya
persembahan teater tradisional seperti bangsawan dan makyung dan tarian seperti
kuda kepang dan gawai. Banyak pelancong mengunjungi Malaysia kerana ingin
mendekati corak hidup dan kebudayaan kita. Ada yang tinggal bersama-sama kita
dikampung untuk merasai kehidupan kita di samping menghayati kekayaam warisan
bumi seperti keunikan dan keindahan pantai, landskap dan hutan Malaysia.. Tidak
kurang pula yang merakamkan perkahwinan mereka mengikut adat resam Melayu.
Jadi, budaya penting untuk mengembangkan pelancongan. Budaya perlu dikekalkan
demi kesinambungan tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui
asal usul kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat
iktibar. Misalnya, tarian Portugis mengingatkan kita tentang kedatangan
Portugis. Bangsawan yang banyak menceritakan tentang Kesultanan Melaka dan
kejatuhannya juga mendatangkan pengajaran. Budaya kita yang murni juga
merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan oleh budaya
Barat. Yang ada pada hari ini berpunca daripada yang silam. Jadi generasi muda
harus mengenali asal usul sendiri.
Untuk
mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti didedahkan kepada kekayaan
warisan budaya negara. Kita boleh menganjurkan kempen, ceramah, wawancara serta
pameran untuk menghidupkan warisan budaya. Dengan ini, rakyat kita akan lebih
memahami budaya sendiri. Usaha kita menerapkan seni bina Melayu pada bangunan
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Muzium Negara, Bank Muamalat, dan bangunan
lain perlu diperluas. Kemasukan budaya asing yang mampu menggugat kedudukan
tradisi dan identiti negarajuga perlu disekat. Tempat dan bangunan bersejarah
perlulah dikekalkan dan dipulihkan. Dengan ini, warisan budaya dapat diikuti
dan dilihat sepanjang masa. Warisan tradisional kita boleh disampaikan kepada
generasi muda melalui latihan. Kumpulan makyung, wayang kulit, zapin, dan
sebagainya boleh dijalankan melalui Rakan Seni Budaya. Sistem pendidikan juga
boleh menyelitkan budaya tradisional sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Pertandingan berbalas pantun dan tarian
tradisional akan mengembangkan budaya ini. Usaha ini memberikan peluang kepada
mereka yang berminat untuk mengikutinya. Dengan ini, budaya kita akan terus
berkembang. Persembahan ini juga akan membolehkan orang ramai mengenalinya
dengan lebih dekat. Dengan ini, seni jiwa bangsa dapat dihayati kerana “tak
kenaI maka tak cinta”. Di samping itu, pameran artifak atau sejarah kebudayaan
warisan pelbagai kaum di Malaysia haruslah digalakkan. Kini pengaruh media
massa menyebabkan budaya tradisional kita kian dilupai. Sehubungan dengan itu,
media massa tempatan perlu menyiarkan budaya kita dengan lebih kerap dan
meluas. Misalnya, pameran kebudayaan tradisional boleh diadakan melalui Pesta
Malaysia, Pesta Negeri, Muzium Negeri, dan sebagainya. Pihak media massa juga
digalakkan mengadakan sudut seni budaya. Akhbar Berita Harian, yang
merencanakan sudut budaya tentang masakan, pakaian, hiasan, kepercayaan, petua
kesihatan, dan sebagainya, harus dipuji. Sudut budaya juga boleh dimasukkan
dalam rancangan khas televisyen seperti “Malaysia Hari lni” dan “Selamat Pagi
Malaysia”.
Janganlah kita biarkan kebudayaan kita hanya
dapat ditonton di muzium, bak pepatah yang berbunyi “biar mati anak,jangan mati
adat”. Oleh itu, usaha memupuk dan memelihara budaya ini tidak seharusnya
dipandang enteng. Marilah kita bersama-sama memeliharanya supaya terus subur
meredah zaman, tidak lekang dek panas, tidak lapuk dek hujan.
Comments
Post a Comment