ASAL USUL BAHASA KEBANGSAAN
- 1.Teori Yunan
- Teori yg lebih popular
- Dinamakan juga sbg Teori Affinities Gendang Dongsong- dikemukakan oleh H.Kern dan R.H Geldern.
- Org Melayu dikatakan dtg ke Kepulauan Melayu menerusi 3 gelombang yg utama
-
Melayu Negrito ---> Melayu Proto ---> Melayu Deutro.
Melayu Negrito ---> Melayu Proto ---> Melayu Deutro.
• Robert Von Heine Geldern (Sarjana Austria)
“Orang-orang zaman neolitik (org darat Mon-Khmer) yg membawa kebudayaan beliung segi panjang itu adalah pengembang bahasa Kepulauan Melayu”
- Teori ini lemah- ditolak krn kapak-kapak ini telah dijumpai di Amerika dan Eropah pd zaman yg sama.
• Hendrick Kern (1889)
- Beliau merumuskan BM adalah berasal drpd satu bahasa induk yg ada di Asia.
- Mengkaji beberapa perkataan yg digunakan seharian, antaranya tebu, nyiur, buluh, bambu dll.
- Perkatan-perkataan ini digunakan di Pulau Madagaskar, Filipina, Taiwan dan beberapa pulau lain di Lautan Pasifik hgga ke Pulau Pass di Amerika sama dgn perkataan2 yg terdapat di Champa, Chochin Cina dan Kampuchea.
• Asmah Hj. Omar (1988)
- Menyokong teori Hendrick Kern
- Namun menyatakan bhw, proses migrasi atau perpindahan mereka tidak sekali gus dan tidak juga melalui satu jln.
- Ada yg melalui jalan darat (tanah semenanjung), ada yg melalui jln laut barat melalui Lautan Hindi dan ada yg melalui arah Timur, iaitu melalui Laut China Selatan.
• Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abd. Hamid Mahmod (1997)
- Menyokong teori bhw penutur2 BM dtg dari daerah Yunan dan telah turun dlm beberapa gelombang pergerakan manusia.
- Mula mendiami wilayah Asia Tenggara di antara thn 2500 S.M hgga thn 1500 S.M.
- Masyarakat Ausronesia ini tersebar luas di seluruh kepulauan Melayu dan Lautan Pasifik.
2. Teori Nusantara
- Bangsa Melayu dikatakan telah mendiami kawasan Nusantara sejak sekian lama
• John Crawford(1884)
- Membuat perbandingan antara BM dgn bhs Lampung, BM-bhs Sunda, BM-bhs Madura, BM-bhs Bali, BM-bhs Bugis dan beberapa bhs di Indonesia Timor, Pulau Roti danPulau Sawu.
- Terdapat juga perbandingan BM dgn bhs Tagalog, Bisaya, Campa, Farmosa dan beberapa bhs lain di lautan Pasifik hgga bhs Malagasi di Pulau Madagaskar.
- Merumuskan bhw bangsa Melayu dan bangsa Jawa menjadi induk bg semua bhs tersebut- dinamakan “Malayan”.
- Berpendapat bahasa Jawa ialah bhs tertua & menjadi induk kpd bhs2 lain.
• Sutan Takdir Alisjahbana (ahli bhs Indonesia)
- Menyatakan bangsa Melayu ini berkulit gelap yg tinggal di Asia Tenggara spt di Thailand, Myanmar, Malaysia dan Indonesia.
- Penduduk2 ini dikatakan berasal dari rumpun bangsa yg sama.
- Mempunyai persamaan dari segi warna kulit dan saiz bentuk badan.
- Manusia kuno spt Homo Soloinensis dgn Homo Wajakensis terdapat di Pulau Jawa.
- Penemuan manusia kuno menunjukkan kemungkinan org Melayu adalah keturunan drpd manusia kuno tersebut yg berasal dari Jawa.
- Menegaskan bhw org Melayu sudah berada di Semenanjung sejak 35 000 thn lalu.
- Bukti- kajian arkeologi melalui pendekatan sejarah seni.
- Mengemukakan teori evolusi atau perubahan
- Faktor berlakunya evolusi ialah perdagangan jalan darat dan perdagangan maritim akibat kewujudan kapal layar.
- Org Melayu dan bumiputera sebenarnya berasal drpd satu baka sahaja-membezakan org Melayu dengan bumiputera adalah anutan agama.
• 1.1.1 RUMPUN BAHASA MELAYU
Rumpun bahasa Austronesia terdiri drpd 4 keluarga bahasa yg lebih kecil, iaitu:
-Bahasa-bahasa Nusantara (Bahasa-bahasa kepulauan Melayu) spt- BM, Aceh,Jawa,Sunda,Dayak,Tagalog, Solo dll.
-Bahasa-bahasa Polinesia spt bhs Tonga, Hawaii, Maori & Haiti.
-Bahasa2 Mikronesia spt bahasa2 di Kepulauan Marshall, Carolina, Marianna & Gilbert.
• Keluarga Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu menjadi bhs kebangsaan di 4 buah negara Asia tenggara, iaitu Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura.
- Di Malaysia- BM turut dikenali sbg ‘Bahasa Malaysia’ dan di Singapura dan Brunei sbg Bahasa Melayu atau Bahasa Kebangsaan.
- BM turut dituturkan di kepulauan Farmosa hingga ke Madagaskar.
- Faktor yg menyumbang kpd penyebaran BM ialah perkahwinan, perdagangan, penghijrahan dan penjajahan.
• Di Malaysia
- BM menyebar, berkembang dan membentuk beberapa dialek yg kebetulan ditandai dgn persempadanan negeri.
• Wujud dialek Utara (Kedah dan Utara Perak), dialek P.Pinang, dialek Perak, dialek Johor, dialek Selangor, dialek Melaka, dialek Pahang, dialek Kelantan, dialek Terengganu,dialek N.Sembilan, dialek Sarawak dan dialek Sabah.
• Perkembangan Bahasa Melayu
- Bahasa Melayu Kuno
- Bahasa Melayu Klasik, dan
- Bahasa Melayu Moden
a. Bahasa Melayu Kuno
- Kegemilangannya berlaku dari abad ke-7 hgga ke abad ke-13, iaitu pd zaman Sriwijaya.
- BM menjadi lingua franca dan bhs pentadbiran kerana:
- bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar
- tidak terikat kpd perbezaan susun lapis masyarakat
- mempunyai sistem yg lebih mudah berbanding dgn bahasa Jawa.
- Bhs Melayu Kuno byk dipengaruhi oleh sistem bhs Sanskrit
- BM Kuno dapat dilihat pada batu2 bersurat abad ke-7 yg ditulis dgn huruf Palava:
- Batu bersurat Kedukan Bukit, Palembang (683M)
- Batu bersurat Talang Ruwo, dkt Palembang (684 M)
- Batu bersurat di Kota Kampur, Pulau Bangka (686M)
- Batu bersurat di Karang Brahi, Meringin, daerah Hulu Jambin(686 M)
- Bhs Melayu Kuno pada batu bersurat di Gandasuli Jawa Tengah (832 M) ditulis dlm huruf Nagiri.
• Ciri-ciri BM Kuno:
- Penuh dgn kata2 pinjaman Sanskrit
- Susunan ayat bersifat Melayu
- Bunyi b ialah w (cth: bulan-wulan)
- Bunyi e pepet tidak wujud (cth: dengan-dgan @dangan)
- Awalan ber- ialah mar- (cth:berlepas-marlapas)
- Awalan di- ialah ni- (cth:diperbuat-niparwuat)
- Ada bunyi konsonan yg diaspirasikan spt bh,th, ph, dh, kh, h (cth: sukhatshitta)
- Huruf h hilang dlm bhs moden (cth: semua-samuha, saya-sahaya)
• Peralihan BM Kuno ke BM Klasik
- Dikaitkan dgn pengaruh agama Islam yg semakin mantap di Asia Tenggara
- BM mengalami banyak perubahan dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan
- Terdapat 3 batu bersurat yg penting memperlihatkan peralihan ini:
i. Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356)
-ditulis dlm huruf India
-mengandungi prosa Melayu kuno dan beberapa baris sajak Sanskrit
-Bhsnya berbeza sedikit drpd bhs batu bersurat abad ke-7.
ii. Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)
-Masih memakai abjad India
-Buat pertama kali terdapat penggunaan kata2 Arab spt kalimat nabi, Allah dan rahmat
iii. Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)
-ditulis dalam tulisan jawi
-membuktikan tulisan Arab telah digunakan dalam BM pd abad itu
Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan BM krn selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dlm bentuk tulisan.
b. Bahasa Melayu Klasik
-Dibahagikan kpd 3 zaman penting:
-Zaman kerajaan Melaka
-Zaman kerajaan Acheh
-Zaman kerajaan Johor-Riau
Ciri-ciri bahasa Klasik
-ayat:panjang, berulang, berbelit2
-byk ayat pasif
-menggunakan bhs istana
-Kosa kata klasik:ratna mutu manikam, edan,kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masghul (sedih)
-banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):sebermula, alkisah, hatta, adapun
-ayat sonsang
-banyak menggunakan partikel “pun” dan “lah”
c. Bahasa Melayu Moden
-Bermula pada abad ke-19
-Karya karangan Munsyi Abdullah dianggap sbg permulaan zaman BM moden
-Sblm penjajahan British-BM mencapai kedudukan yg tinggi, berfungsi sbg bhs perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan dan bhs pengantar di pusat pendidikan Islam.
-Slps Perang Dunia Kedua-British mengubah dasar menjadikan BI sbg bhs pengantar dlm sistem pendidikan.
-Semasa Merdeka- Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan BM sbg bahasa kebangsaan.
-Akta bhs Kebangsaan 1963/1967 menetapkan BM sbg bhs rasmi negara dlm sistem pendidikan negara.
Comments
Post a Comment