Teknologi Sebagai Penyelesaian Kepada Masalah Krisis Makanan Dunia
KARANGAN 1-: INOVASI DALAM PERTANIAN KE ARAH JAMINAN BEKALAN MAKANAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA Sektor pertanian dan sektor asas tani amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Melalui sistem pertanian yang terancang, bekalan makanan dapat disalurkan kepada setiap penduduk di negara ini. Dalam pada itu, pertambahan penduduk dan pembangunan negara yang semakin pesat menyebabkan bahan makanan semakin berkurang. Oleh hal yang demikian, kerajaan terpaksa mengimport bahan makanan daripada negara jiran dan negara luar. Menyedari hakikat bahawa Malaysia berpotensi untuk menghasilkan pelbagai sumber makanan yang tersendiri lantaran kemakmuran dan kesuburan bumi beriklim Tropika ini, maka inovasi amatlah penting bagi menjamin bekalan makanan berterusan dan pembangunan negara berada pada tahap yang mapan. Suatu masa dahulu, ketika Malaysia diduduki oleh tentera Jepun, Malaysia menghadapi krisis kekurangan bekalan makanan. Sememangnya seperti